Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Separuh Daripada Tandas Awam Kotor

Monday, November 22, 2010

KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu audit menunjukkan 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang, dan hanya tujuh peratus atau kira kira 400 tandas yang mencapai taraf lima bintang, iaitu kebersihan paling memuaskan.

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Bagi memastikan tandas di premis-premis awam tidak terus kotor, Chee Heung berkata, tindakan penguatkuasaan oleh PBT terhadap mana-mana premis awam yang tandasnya terlampau kotor akan diperketatkan lagi mulai tahun depan, antaranya membuat pemeriksaan mengejut dua kali setahun, di samping pemeriksaan biasa.

Menurut beliau, jika inisiatif sebegini tidak dijalankan, ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah sanitasi dan kesihatan kepada masyarakat tetapi turut menjejaskan imej negara di mata pelancong asing. - 



Sumber :Bernama

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP