Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

PM Terima Gaji RM22,826.65

Tuesday, November 23, 2010

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.


"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota Kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. 

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. -



Sumber : BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP