Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Selamat Bersara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Thursday, November 4, 2010

TAN SRI ALIMUDDIN MOHD DOM akan bersara pada 6 November (esok) setelah 34 tahun berada dalam bidang pendidikan. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selepas meninggalkan Putrajaya.


Dalam nada sedih berbaur gembira, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) itu memberitahu Utusan Malaysia bahawa beliau akan meneruskan kelangsungan darah pendidik yang mengakar umbi dalam dirinya melalui YGMB.

Ketika ditanya, bagaimanakah beliau mahu dikenang setelah melangkah keluar dari bilik KPPM, Alimuddin berkata, biarlah dia dikenali sebagai KPPM yang berjiwa guru biasa kerana banyak usaha beliau tertumpu kepada usaha memartabatkan profesion perguruan melalui beberapa dasar kerajaan sama ada secara langsung atau tidak.

Kerjaya Alimuddin bermula pada 1976 sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak, diikuti sembilan sekolah lain termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menjadi Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Ketua Jemaah Nazir dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah).

Beliau memegang jawatan profesional tertinggi bidang perguruan sebagai KPPM bermula 16 Julai 2007 sehingga sekarang



0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP