Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Ibu Bapa Mesti Bantu Tangani Isu Disiplin

Tuesday, November 2, 2010

MASALAH disiplin pelajar kita hari ini berada pada tahap membimbangkan. Apabila hal ini berlaku, banyak pihak menuding jari menyalahkan sekolah semata-mata terutama guru kerana dianggap gagal mendisiplinkan pelajar. Sesungguhnya kenyataan ini tidak boleh diterima sama sekali. 

Masalah disiplin pelajar bagaikan tiada penghujungnya. Saban waktu ada saja berita mengenainya dilaporkan. Dalam pada itu, ada beberapa kes disiplin pelajar yang ternyata mencabar kredibiliti guru sebagai pendidik.


Sebagai contoh, ada kes pelajar perempuan menendang cikgu perempuan di dalam kelas, pelajar lelaki menumbuk guru di bilik guru dan banyak lagi kes disiplin yang berlaku di kawasan sekolah.
Ada antara kejadian itu dirakamkan menerusi telefon bimbit dan kita boleh melihatnya menerusi Youtube. Hal ini menunjukkan betapa seriusnya disiplin pelajar pada hari ini. 

Pelajar sudah tidak menghormati guru, tidak takut kepada guru malah berani menentang guru. Hal sebegini satu ancaman kepada institusi sekolah dan guru yang dianggap mulia. 

Tambahan pula, perkara seperti ini akan memberikan impak negatif berkaitan keupayaan institusi sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. 

Perkara seperti ini tidak harus dipandang ringan dan kita tidak boleh membiarkannya berleluasa sehingga boleh menjadi barah di kalangan pelajar yang akhirnya mengundang padah. 


Saya melihat ibu bapa adalah pihak paling bertanggungjawab yang seharusnya tampil untuk membantu sekolah menangani isu disiplin pelajar yang membabitkan anak mereka. 

Dalam pada itu, tindakan segera perlu diambil untuk mengenal pasti punca disiplin pelajar menjadi kronik sebegini. 

Pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat harus saling bekerjasama dengan mewujudkan rantaian yang sihat dalam menangani masalah disiplin pelajar. 

Langkah penyelesaian yang diambil secara bijak sudah tentu dapat meleraikan belenggu ini. Tidak adil jika isu menangani masalah disiplin pelajar diserahkan kepada sekolah semata-mata. 


MUHAMMAD FAUZI A RAHMAN, 
UPM, Serdang.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP