Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Guru Cemerlang Dipilih Sertai Skim

Tuesday, November 2, 2010

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk surat 'Pegawai E12, Putrajaya', bertarikh 23 Oktober bertajuk 'tak layak jadi guru cemerlang'.


Kementerian mengucapkan terima kasih atas cadangan Pegawai E12 supaya kementerian ini tidak tergesa-gesa memenuhkan kuota guru cemerlang Gred Khas C.

Sejak skim Guru Cemerlang diperkenal pada 1994, kementerian memastikan hanya guru mempunyai ciri-ciri keperibadian terpuji dipilih di samping memiliki pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam mata pelajaran dimohon.
Kementerian tiada keperluan untuk memenuhi kuota, jika tiada Guru Cemerlang yang layak untuk kenaikan ke gred yang lebih tinggi.

Selain itu, penilaian Guru Cemerlang termasuklah memperoleh markah baik dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), keterampilan profesional dan pembabitan dalam bidang kepakarannya pada peringkat negara dan antarabangsa.

Majlis Guru Cemerlang Malaysia turut memainkan peranan meningkatkan keupayaan guru cemerlang dengan mengadakan pelbagai program peningkatan ilmu dan kemahiran pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara.

Usaha seperti ini penting untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menyahut cabaran.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP