Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Perbezaan antara Datuk dengan Dato’

Wednesday, October 27, 2010

Saya masih keliru dengan ejaan dan penggunaan gelaran DATUK, DATO', dan DATO
yang digunakan untuk menunjukkan gelaran yang diterima oleh seseorang. Dalam media
massa mereka menggunakan ejaan DATUK untuk menunjukkan gelaran kehormat. Contohnya
DATUK SERI ABDULLAH. Tetapi ada juga sesetengah pihak yang menggunakan ejaan DATO'
atau DATO.



Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan
oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah
gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka,
Sarawak, dan Sabah. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Istiadat dan
Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, atau Bahagian
Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Saudara boleh juga merujuk definisi
Dato' dan Datuk dalam Kamus  Dewan edisi keempat. Buku Protokol  di  Malaysia Tradisi  dan Amalan, terbitan DBP juga ada memberikan maklumat tentang Darjah-darjah Kebesaran yang dianugerahkan khususnya, oleh Kerajaan Persekutuan.


Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP