Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Tuntutan Lanjut Usia Persaraan Tak Wajar

Friday, September 17, 2010

DESAKAN CUEPACS melalui Presidennya, Omar Osman agar kerajaan melanjutkan lagi usia bersara kakitangan awam kepada umur 60 tahun boleh diibaratkan seperti beri betis hendakkan paha. Tidak mustahil selepas berjaya tuntutan ini, mereka akan menuntut pula usia untuk bersara dilanjutkan pula kepada 65 tahun. 

Memang mudah mencari pelbagai alasan untuk mewajarkan tuntutan mereka. Akan tetapi eloklah mereka berfikir secara rasional dan bijaksana mengenai rahmat berpencen pada usia 58 tahun.


Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang masih segar dan produktif, bagi yang beragama Islam tentu berpeluang untuk lebih selesa beribadat kepada Allah. Usahlah terlalu tamak dan mementingkan diri sendiri saja.
Perbandingan beliau dengan beberapa negara Asean sebenarnya kurang tepat. Membandingkan Indonesia dan Thailand yang mempunyai peratusan kakitangan awam yang rendah berbanding penduduknya. 

Kemudian membandingkan pula Singapura dan Brunei yang terpaksa menarik rakyatnya untuk berkhidmat dengan kerajaan, lantaran sektor swasta mereka yang menawarkan gaji yang berlipat ganda lumayan. Berbanding Malaysia, sektor awamnya menawarkan gaji dan jaminan masa depan yang menarik tentulah ia pilihan utama rakyat Malaysia. 

Walaupun seperti kehendak CUEPACS ia hanya sebagai satu opsyen, atas dorongan dan pengaruh rakan sekerja tentu ramai yang terpengaruh untuk memilih opsyen baru itu. Buktinya ketika kakitangan awam diberi opsyen bersara pada usia 58 tahun sebelum ini lebih 90 peratus kakitangan awam memilih untuk menerima opsyen berkenaan. 

Andai kata kerajaan bersetuju dengan permintaan CUEPACS, saya yakin kerajaan hanya akan menambah kekecewaan anak-anak muda. Mereka tentu kempunan dan kecewa kerana peluang mereka untuk membina ekonomi diri, di samping untuk menyumbang bakti mereka kepada negara dalam sektor awam terbantut dan tersentap disebabkan masih ada ‘jentera’ lama terus bekerja dalam sektor awam. 
Akan tetapi untuk bidang kritikal dan memerlukan kepakaran tinggi yang tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti pengarah jabatan, pensyarah, doktor, akauntan dan sebagainya, usia 65 tahun masih boleh dipertimbangkan. 
Bagaimanapun, letakkan syarat penting iaitu tahap kesihatan diri mestilah baik dan berkemampuan. 

Seeloknya, CUEPACS memohon kerajaan untuk memberi kursus kemahiran berniaga kepada kakitangan yang ketagih untuk terus bekerja sebelum usia bersara mereka 58 tahun. 

Pada tahun akhir perkhidmatan, kepada yang berminat berilah cuti dua bulan untuk menyertai kursus itu. Di samping menambah pendapatan, mereka juga tidak menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain terutama anak-anak muda. 


IRMAZ DINI, 
Pendang, Kedah. 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP