Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pelajar Yang Mahir atau Pandai Menghafal?

Friday, September 24, 2010

SAYA ingin mengulas mengenai peperiksaan UPSR dan PMR. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan hendaklah dilaksanakan secepat mungkin dan diganti dengan suatu peperiksaan yang menguji kemahiran pelajar.

Penghafalan adalah untuk sementara sahaja dan kemahiran yang dipelajari adalah untuk seumur hidup. Kita hendakkan anak-anak Malaysia seorang yang berkemahiran dalam sesuatu bidang ataupun seorang yang pandai menghafal sahaja?

Sekolah sepatutnya tempat yang mencungkil bakat kemahiran yang ada dalam diri setiap pelajar.

Keluarga kaya bolehlah menghantar anak-anak ke kelas tertentu untuk mengembangkan kemahiran anak-anak mereka tapi bagi keluarga yang tak mampu apakah penyelesaiannya.

Kokurikulum pun boleh dijadikan sebagai satu subjek peperiksaan. Berapa banyak sekolah yang mengajar pelajaran komputer sebagai satu subjek? Pelajaran komputer dan muzik boleh dijadikan sebagai ujian peperiksaan bagi pelajar.
Subjek Pertukangan Tangan dan Sains Rumah Tangga juga adalah sesuatu yang berguna untuk masa depan pelajar.

Kedua-dua subjek tersebut perlulah diajar kepada pelajar lelaki dan perempuan kerana ada pelajar lelaki yang berkemahiran dalam masakan dan ada pula pelajar perempuan yang pandai dalam Pertukangan Tangan.

Pelajaran yang dipelajari dari kecil hendaklah menyediakan seseorang itu ke arah pasaran pekerjaan. Ini akan memudahkan mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada terutamanya yang gagal dalam SPM.

Kebanyakan masalah sosial sekarang adalah kerana kebanyakan pelajar tidak berminat dalam pelajaran teori yang menyebabkan mereka tercicir di peringkat rendah.

Pelajaran Agama perlulah diajar mengikut setiap kaum di setiap sekolah. Agamalah yang mengikat setiap orang daripada terjerumus dalam jenayah atau masalah sosial.
Sistem pelajaran Malaysia kenalah dilihat kembali keberkesanannya dalam zaman sekarang.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP