Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Sekolah Remaja Mengandung Tak Sesuai

Monday, August 2, 2010

SAYA tertarik dengan cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai penubuhan sekolah remaja atau kanak-kanak mengandung. Saya ingin membawa pembaca untuk memikirkan mengenai hak kanak-kanak dan penubuhan sekolah itu. 

Mengikut pemahaman saya remaja yang dicadangkan untuk dimasukkan ke sekolah itu adalah mereka yang sudah akil baligh (sekitar 12 tahun) dan sehingga Tingkatan 6 (sekitar 18 tahun). Ini bermaksud kumpulan sasaran adalah mereka yang dianggap sebagai kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.


Malaysia mengesahkan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1995. Di bawah konvensyen ini, kerajaan yang mengesahkan hak kanak-kanak seharusnya memberi penekanan utama kepada empat hak utama iaitu kehidupan, perkembangan, perlindungan dan penyertaan.


Perkara penting yang perlu kita fikirkan adalah sejauh mana cadangan penubuhan sekolah itu boleh membantu atau menggugat pelaksanaan hak kanak-kanak di negara ini. 

Cadangan akan dilontarkan oleh pihak yang prihatin dan mempunyai idea membendung masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin serius di negara ini. Saya rasa tidak salah kita menilai sesuatu idea secara rasional. 

Oleh itu, dari satu aspek cadangan penubuhan sekolah itu boleh dipertimbangkan dalam situasi ibu bapa atau penjaga tidak berhasrat untuk menjaga kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, Artikel 9 Konvensyen Hak Kanak-Kanak menyatakan bahawa kerajaan hendaklah memastikan bahawa seseorang kanak-kanak tidak dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya, kecuali apabila pihak berkuasa melalui kajian semula kehakiman, memutuskan mengikut undang-undang dan tatacara terpakai, bahawa pemisahan sedemikian adalah perlu bagi kepentingan terbaik kanak-kanak berkenaan. 

Keputusan memisahkan kanak-kanak mungkin perlu dalam kes tertentu seperti yang membabitkan penganiayaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak yang mengandung. 
Satu perkara yang perlu sama-sama kita fikirkan ialah kewujudan Taman Seri Puteri kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menjadi institusi bagi kanak-kanak perempuan yang memerlukan perlindungan dan pemulihan. Apa akan terjadi kepada institusi terbabit jika sekolah ini ditubuhkan? 

Mengikut Artikel 18 Konvensyen Hak Kanak-Kanak pula kerajaan diharapkan dapat memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. 

Ini secara jelas menjelaskan bahawa langkah terbaik untuk menjaga seseorang kanak-kanak adalah bersama keluarganya sendiri. Untuk itu, kerajaan boleh pertimbangkan kaedah membantu keluarga mempunyai kanak-kanak yang sudah mengandung. 

Kesimpulannya, saya ingin menegaskan bahawa langkah mengasingkan kanak-kanak yang mengandung di sebuah sekolah khas mungkin menyelesaikan masalah dalam jangka pendek saja tetapi mempunyai kemungkinan tinggi untuk menjejaskan hak kanak-kanak berkenaan dalam jangka masa panjang. 

Oleh itu, disyorkan agar kerajaan memikirkan langkah untuk memperkukuhkan institusi perlindungan dan pemulihan kanak-kanak sedia ada dengan diberi penekanan kepada pembangunan karektor dan pengubahsuaian tingkah laku kanak-kanak yang berisiko tinggi. 
PATHMANATHAN R NALASAMY, 



Catatan   : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP