Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Keputusan Benarkan Guru Siswazah Berpolitik Disambut Baik Tapi Perlu Dipantau

Sunday, August 1, 2010

PENGUMUMAN Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa mulai semalam semua pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan membabitkan diri dalam politik bakal membuka lembaran baru. 


Masyarakat menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan pemikiran lebih matang. Ia juga dilihat langkah yang cukup dialu-alukan dan kena pada masanya.


Bagi saya kebenaran untuk kelompok guru terbabit secara aktif dalam politik tidak mengejutkan dan ia perlu dilihat dari perspektif positif dengan mengambil kira senario politik semasa.


Guru dilihat sebagai individu yang memiliki integriti, bertanggungjawab dan mempunyai nilai peribadi baik serta meraih tahap kepercayaan yang tinggi di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Guru diyakini mampu membawa sinar baru ke dalam dunia politik tanah air. 

Sejarah negara ini menceritakan guru memainkan peranan sangat aktif pada masa lampau terutama dalam proses perpaduan rakyat serta menuntut kemerdekaan. 

Peranan guru membimbing anak muda juga dilihat akan memberi kesan yang positif. Mereka juga antara individu paling rapat dengan kelompok anak muda yang berumur 13 hingga 17 tahun. Kita percaya guru mampu menyelami cita rasa kumpulan anak muda. 

Dalam pada itu, pembabitan guru dalam politik juga perlu dipastikan tidak menjejaskan proses pengajaran di bilik darjah. Diharap kebenaran ini disusuli dengan pemantauan sewajarnya. 


NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED, 
Serdang, Selangor. 




0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP