Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Salahkah bersalin 5 kali?

Thursday, August 19, 2010

PERSOALAN cuti bersalin 90 hari tercetus kembali. Pelbagai reaksi yang timbul. Ramai yang setuju dan tidak kurang ada juga orang yang tidak setuju.

Namun, setiap pendapat ada rasional masing-masing dan ada kelebihan dan kelemahan. Ini menjadikan kita terfikir-fikir adakah wajar kita bercuti sampai 90 hari.

Saya, secara peribadi bersetuju untuk wanita mendapat cuti bersalin hingga 90 hari tetapi cuti sebegini lama ini akan memberi kesan kepada banyak pihak. Contohnya dalam pendidikan, guru yang bercuti 90 hari ini akan memberi impak yang besar terhadap pembelajaran dan pengajaran murid-murid.

Ini kerana, tiada guru yang berkelayakan yang mengajar mereka. Guru ganti sudah semesti tidak sama dengan guru yang sebenarnya. Itu pun kalau ada guru ganti?
Ini kalau seorang yang bersalin, bagaimana pula kalau ada dua, tiga orang yang bersalin dalam masa yang hampir sama. Ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana di sekolah guru wanita melebihi daripada guru lelaki.

Namun, dalam memperjuangkan cuti bersalin 90 hari, masyarakat lupa nasib guru yang bersalin lebih daripada lima kali yang hak mereka dinafikan untuk mendapatkan cuti dan kemudahan.

Apakah mereka tidak bersalin seperti orang lain setelah beranak lebih daripada lima kali? Adakah mereka tidak menanggung komplikasi bersalin?

Inilah beban yang saya tanggung kerana bersalin lebih daripada lima kali. Cuti dinafikan. Pihak hospital tidak mengeluarkan MC kerana mengatakan bersalin tidak termasuk dalam cuti sakit.

Saya hanya diberi MC ketika bersalin sahaja, selepas itu saya perlu mengambil cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Berapa harikah seseorang itu mampu untuk mengambil cuti tersebut?

Sudahlah sakit bersalin, wang untuk pembiayaan semasa bersalin kena dikembalikan lantaran tiada cuti MC dan yang lebih menyedihkan pencen kami juga terjejas.

Salahkah kami yang bersalin lebih daripada lima kali ini? Saya tertanya-tanya kenapa cuti perlu dihadkan kepada lima kali beranak sahaja Wajarkah ini berlaku? Kalau peruntukan kewangan dianggap masalahnya, persoalannya adakah semua pekerja wanita bersalin lebih daripada lima kali.

Setahu saya tidak ramai jadi tidak bolehkah kuota mereka ini diisi oleh orang yang bersalin lebih daripada lima kali ini?

Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, fikirkanlah dan perhalusilah rayuan saya ini.

Wajarkah cuti bersalin dihadkan kepada lima kali bersalin sahaja? Janganlah kata siapa yang suruh kamu bersalin lebih daripada kuota. Inilah ayat yang sering saya terima. Terkedu saya dibuatnya.

INSAN WANITA
Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP