Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Ramai Guru Perpustakaan, Media Kecewa Terlepas Peluang Kenaikan Pangkat

Monday, August 9, 2010

JAWATAN guru perpustakaan dan media (GPM) diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah mulai 2005. Sebelum ini jawatan GPM dikenali sebagai penyelaras pusat sumber sekolah (PPSS). 


Bagi melayakkan guru dilantik ke jawatan GPM mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai guru dan beberapa syarat lain seperti kursus dihadiri berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah.


Namun, syarat itu boleh diketepikan sekiranya pengetua atau guru besar ‘berminat’ dengan guru tertentu untuk memegang jawatan berkenaan, tetapi keadaan ini hanya kes pinggiran.
Secara umumnya tugas GPM merangkumi dua perkara utama di sekolah. Pertama berperanan sebagai pustakawan dan kedua sebagai guru penolong seperti guru lain yang terpaksa mengajar dan terbabit dengan tugas seperti guru lain sama ada kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di sekolah. 

Namun, GPM diberi kelonggaran mengajar antara enam dan lapan waktu seminggu. Bagaimanapun kebanyakan GPM terpaksa mengajar lebih daripada waktu mengajar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Semua ini tidak menjadi masalah kepada GPM kerana setiap tugasan yang diarahkan perlu dipatuhi kerana mengamalkan prinsip ‘menurut perintah’. 

Apa yang menjadi persoalan kini, ramai GPM terlepas peluang kenaikan pangkat. Berdasarkan tinjauan beberapa GPM di Perak didapati mereka adalah bekas pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) yang sudah berkhidmat tidak kurang 10 tahun dalam kategori DG29/DG32. 

Selain itu, mereka pula sudah berkhidmat tidak kurang 15 tahun sebagai guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), tetapi mereka masih kekal sebagai guru penolong (tidak dinaikkan pangkat). Sedangkan rakan seusia dari segi kelayakan dan pengalaman dinaikkan pangkat seperti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Pentadbiran. 


Tetapi kami GPM sebagai Guru Kanan Bidang pun tidak dapat merasainya. Kenapa ini berlaku? Sedangkan jika dilihat kepada prestasi tahunan kebanyakan kami melepasi markah 90 peratus dan pernah menerima Anugerah Prestasi Cemerlang dan seumpamanya. Bahkan sebahagian daripada kami mempunyai ijazah lanjutan sama ada Sarjana Pendidikan atau Sarjana bukan pendidikan. 

Mungkinkah pentadbir sanggup melihat mereka ‘dingin sejukkan’ di pusat sumber sekolah sedangkan mereka mempunyai kelayakan untuk dinaikkan pangkat. Hargailah sumbangan dan khidmat kami sebagai GPM yang bukan semua guru lain mampu melakukannya dengan sempurna dengan cara memberi sedikit pengiktirafan kepada kami. 
WAK AMAT CIKGU KAMPUNGAN, 

Perak

2 comments:

Unknown December 27, 2015 at 7:15 AM  

bolehkah guru gpm nie memegang jawatan lain seperti guru kelas...saya gpm yang baru dilantik thn nie (2016)

Unknown January 14, 2016 at 4:59 AM  

Saya pun sama....waktu mengajar14 waktu..kn jaga rmt.lagi....guru kelas lagi...

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP