Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Profesion perguruan patut dimartabat

Monday, August 9, 2010

ISU pelajar pukul guru yang kini semakin menjadi-jadi membuka mata saya untuk menulis kepada ruangan ini. Saya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang bakal bergelar guru dalam masa tiga tahun. 


Saya beranggapan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah. Ia membabitkan maruah dan integriti profesion perguruan secara umumnya. Guru yang bersengkang mata menangani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan dan berhempas pulas untuk merealisasikan impian serta harapan pemimpin dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.


Namun, isu pelajar pukul guru ini membolehkan kredibiliti profesion perguruan dipandang serong oleh segenap lapisan masyarakat.
Suatu ketika dulu masyarakat memandang tinggi terhadap guru. Guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru. 

Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru ataupun cara mereka menghukum pelajar diterima baik oleh ibu bapa. Mereka percaya bahawa guru melakukannya supaya anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru. 

Namun, senario pada hari ini adalah cukup berbeza berbanding masa dulu. Pelajar sudah hilang penghormatan terhadap guru dan mula bertindak liar dengan membelasah guru. 

Sedar ataupun tidak, isu pelajar pukul guru ini boleh membawa implikasi negatif dalam pembelajaran. Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh mematahkan semangat guru. Guru sering berada dalam dilema sama ada untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya saja. 
Guru menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru itu ada rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan menghadapi risiko. 

Akibatnya, pelajar tidak gentar terhadap guru terbabit dan mula bermaharajalela tanpa menyiapkan kerja sekolah dan menjadikan sekolah sebagai premis untuk membuang masa. 

Natijahnya, pelajar akan keciciran dalam pelajaran. Persoalan, apakah yang terjadi kepada anak watan yang bakal memimpin tampuk kepimpinan negara? Tepuk dada, tanyalah selera. 

Oleh itu, saya ingin menyeru semua pihak agar kita berganding bahu membantu mengembalikan martabat profesion perguruan. 
BYOGESWARY RAJENDRAN, 
Exco Kesenian dan Kebudayaan, 
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar, 
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP