Penerapan Nilai Rukun Negara Semai Semangat Patriotik Warganegara
Friday, August 27, 2010
KETIKA rakyat Malaysia berbilang kaum bersedia untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53, saya sekali lagi menekankan mengenai asas yang menyatukan kita di mana ia adalah prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara sebagai falsafah kenegaraan kita.
Melalui lima teras (Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan) Rukun Negara telah membentuk prinsip kenegaraan kita dan semua ini perlu diterapkan ke dalam jiwa generasi muda yang akan mengambil alih teraju pemerintahan negara pada masa akan datang.
Rukun Negara adalah panduan bagi pembinaan negara dan amat perlu dihormati oleh semua. Ia adalah visi yang perlu di kongsi bersama bagi perpaduan negara.
Ramai orang bersikap tidak menghargai persoalan perpaduan. Lebih menyedihkan ialah fakta bahawa setelah 40 tahun perisytiharan Rukun Negara, ramai telah terlupa mengenai lima terasnya dan apa yang didukungnya sementara ada yang perlu diingati dengan falsafah kenegaraan itu.
Ini jelas bukanlah satu yang sihat bagi sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia. Usaha berterusan perlu dibuat oleh semua rakyat Malaysia untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan.
Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mengurangkan kekuatan pegangan etnik jika ingin merealisasikan ‘Bangsa Malaysia’.
Saya percaya dengan menjadi rakyat Malaysia, ia tidak mengurangkan sedikit pun sifat kita sebagai seorang Melayu, Cina , India , Kadazan , Iban atau sebagainya. Mereka sepatutnya berbangga untuk mengakui diri mereka sebagai rakyat Malaysia, kerana dengan identiti sebegitu akan menyemarakkan patriotisme dan menggalakkan perpaduan.

Program yang berkesan untuk semua rakyat Malaysia yang merangkumi semua kaum secara berterusan perlu menumpukan kepada penyemaian dan pengukuhan semangat kecintaan dan kesetiaan kepada negara.
Rakyat Malaysia tidak boleh lari daripada kebenaran bahawa demi untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu, mereka perlu mempunyai keupayaan yang sebenar dan mempraktikkan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan keharmonian.
Setelah mengecapi kemerdekaan selama 53 tahun, kita tidak mempunyai pilihan tetapi berusaha untuk mencapai 1Malaysia dengan berkongsi matlamat yang sama. 1Malaysia perlu mempunyai unsur penting di atas kefahaman bersama, hormat-menghormati serta percaya-mempercayai di antara satu sama lain di dalam negara berbilang kaum seperti negara kita ini.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment