Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Elaun Pindah Permohonan Sendiri Ditangguh

Thursday, August 26, 2010

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada Guru Lama, Gua Musang, Kelantan dalam ruangan ini bertarikh 23 Ogos 2010, 'Guru gesa beri semula elaun pindah'. 

Elaun tuntutan perpindahan diberi kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. 


Namun, aduan ni didapati pengadu mencadangkan memohon pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung. Justeru, tuan perlu merujuk surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994, Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran Bagi Kes-Kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri dan surat KPM bertarikh 5 Januari 2001 iaitu ‘pemohon yang berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun pada tarikh permohonan di stesen terakhir sebelum bertukar atau sekurang-kurangnya tiga tahun di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak layak menuntut bayaran pertukaran dan perpindahan’. 


Namun, memandangkan KPM menghadapi kekangan peruntukan pada tahun ini pihak kementerian terpaksa menangguh pembayaran permohonan elaun perpindahan atas permohonan sendiri. Walau bagaimanapun, perpindahan atau pertukaran atas kepentingan perkhidmatan boleh dipertimbang Bahagian / Agensi untuk dibuat bayaran tuntutan elaun pertukaran / perpindahan selaras dengan para 2.2.1 (e) di dalam surat JPA bertarikh 23 Ogos 1994.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, 
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP