Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kesilapan Bahasa Melayu Dipandang Remeh

Thursday, August 5, 2010

HATI saya amat tersentuh dengan kekeliruan di kalangan masyarakat kini mengenai pemakaian betul Model Ekonomi Baru ataupun Model Baru Ekonomi. 


Dulu pakar bahasa membuat kesalahan besar apabila mencipta ungkapan seperti Keluaran Dalam Negara Kasar dan Dasar Ekonomi Baru. Yang kasar ialah ‘keluaran’ kerana apabila disebut negara kasar, bererti ada negara halus atau lembut.


Yang digubal pada 1972 dulu Dasar Baru Ekonomi yang memberi penekanan 30 peratus ekuiti kepada Bumiputera. Sebelumnya, tidak ada dasar ini. Begitu juga dengan kekeliruan sekarang ialah sama ada model itu yang baru ataupun ekonomi yang baru? Pastinya yang baru ialah model dan bukan ekonomi.


Ekonomi tetap tidak berubah sebagai ‘sistem pengendalian sumber kekayaan termasuk kewangan, perindustrian dan pelaburan sesuatu negara’. 

Kita tidak ada Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua seperti negara jiran. Tidaklah tepat menyebut ‘Timbalan Perdana Menteri Singapura kedua’ kerana yang kedua dalam konteks ini TPM. Jika disebut kedua sesudah Singapura, bererti ada Singapura pertama. 

Sama juga dengan Angkasawan Pertama Negara, berbeza daripada Angkasawan Negara Pertama yang bermaksud negara maju. 

Tidak tepat dari segi makna Perhimpunan Agung UMNO Ke-50 kerana yang ‘ke-50’ perhimpunan agung, tidak UMNO. UMNO hanya satu seperti yang adanya. 
Orang akan berasa janggal menyebutkan Pasar Gombak Besar kerana pada pandangan mereka yang besar ialah pasar bukan Gombak. Justeru, memang gramatis disebut Pasar Besar Gombak. Lain halnya dengan Kelebang Besar dan Kelebang Kecil di Melaka. 

Jangan hendaknya ciri ‘kenabian’ kita sebagai pakar bahasa Melayu menimbul kekeliruan dan memusnahkan kemurnian dan kegramatisan bahasa Melayu untuk generasi akan datang. 

Betapa tidak, kita selalu memandang remeh terhadap kesalahan kecil seperti ini: 
Frasa Model Ekonomi Baru sebenarnya berbeza dengan (sepatutnya daripada) frasa nama Rumah baru Encik Megat, dan dalam bahasa Melayu, kegramatisan ayat hendaklah dilihat dari (sepatutnya daripada) segi makna dan aturan tatabahasanya. Sendi dari hanya untuk tempat dan waktu. ‘Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.’ 
DR ILLIAS ZAIDI, 
Kuala Lumpur. 



catatan : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP