Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Henti Jual Makanan Ringan Di Sekolah

Wednesday, August 18, 2010

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa bimbang selepas membaca laporan panduan pengurusan kantin sekolah yang jelas tidak dipatuhi apabila makanan tidak sihat seperti gula-gula, jeruk dan snek yang mengandungi perasa dan pewarna tiruan masih dijual, walaupun tidak dibenarkan. 


Garis panduan itu jelas menyatakan makanan yang mengandungi gula, garam, lemak berlebihan, mi segera, ais krim dan minuman ringan tidak digalakkan.


Sebagai tambahan, garis panduan ini juga turut menyediakan panduan yang jelas bagi pengendali kantin bagaimana untuk menyediakan makanan yang kurang gula, garam dan lemak serta kepentingan untuk memasukkan makanan mengandungi serat tinggi dalam setiap hidangan.

Tiada alasan bagi pengendali kantin untuk tidak mematuhinya. 
CAP sudah melaporkan kepada Kementerian Kesihatan mengenai penjualan minuman dan makanan tidak sihat di sekolah, tetapi masalahnya masih berterusan. 

Kami telah melaporkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan bahawa ada sekolah di Pulau Pinang masih menjual makanan segera seperti nuget, kentang goreng dan minuman serta makanan remeh yang mempunyai kandungan pewarna, gula, garam yang tinggi. 

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mengambil makanan seperti ayam goreng, kentang goreng, cokelat, ais krim, minuman berkarbonat, biskut krim dan jeruk di sekolah. 
Semua penemuan ini menunjukkan bahawa pengendali kantin dengan jelas melanggar garis panduan tanpa bimbang tindakan akan diambil terhadap mereka. 

CAP menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran supaya bertindak segera untuk menghentikan jualan minuman serta makanan tidak sihat kepada pelajar sekolah. Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pengendali kantin yang enggan bekerjasama. 

Garis Panduan Pengurusan Kantin Sekolah ini perlu ditukar kepada undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa mempunyai lebih kuasa. 

Senarai makanan yang tidak digalakkan di bawah garis panduan itu perlu di masukkan ke dalam senarai yang diharamkan dan dilarang oleh undang-undang. 

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan juga perlu bekerjasama dengan Kerajaan Tempatan supaya menghentikan segera amalan makanan dijual di luar kawasan sekolah. Zon penampan atau lingkungan yang ditetapkan boleh diwujudkan di setiap sekolah di mana penjaja dilarang daripada menjalankan perniagaan mereka. 


SM MOHAMED IDRIS,
Presiden CAP.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP