Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pusat Tuisyen Ibarat Duri Dalam Daging Sstem Pendidikan Negara

Thursday, July 8, 2010


CADANGAN untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menerima pelbagai maklum balas pelbagai pihak. Walaupun ramai yang menyokong cadangan itu, tidak kurang juga ada yang membantah terutama daripada kalangan pengusaha pusat tuisyen yang menganggap cadangan itu akan menutup periuk nasi mereka seperti dilaporkan Berita Harian semalam. 


Saya melihat laporan Berita Harian itu dalam dua aspek. Pertama, saya berpendapat kenyataan wakil pusat tuisyen yang dilaporkan itu mengesahkan lagi hakikat bahawa sistem pendidikan di Malaysia terlalu menumpukan kepada orientasi peperiksaan yang menyebabkan ibu bapa, guru dan pelajar didoktrinkan bahawa pencapaian cemerlang dalam akademik semata-mata dapat menjamin masa depan pelajar.
Ia jelas dibuktikan apabila ibu bapa sanggup melaburkan wang untuk menambah baik prestasi akademik anak sehingga boleh dikatakan jadual harian pelajar itu penuh dengan jadual tuisyen.

Malah, tumbuhnya pusat tuisyen bak cendawan mengesahkan lagi hakikat ini. Malangnya, aspek sampingan seperti modal insan tidak diseimbangkan seperti aspek akademik. 

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka bertindak sedemikian akibat tekanan akademik yang didoktrinkan di dalam sistem pendidikan kita, manakan tidak, anak seusia 7 hingga 15 tahun sudah ditekan dan dibebani dengan dua ujian hanya untuk mengejar peluang ke sekolah berasrama penuh dan berprofil tinggi. 

Kedua, kerajaan tidak harus mengambil berat aduan pusat tuisyen ini kerana tujuan mereka ini hanyalah untuk mengaut keuntungan tanpa memartabatkan akademik pelajar, seharusnya pusat tuisyen ini berganding bahu dengan kerajaan dan sekolah mengembangkan lagi pencapaian pelajar kita. 

Malah, pusat tuisyen ini secara bersahaja menjual soalan ramalan peperiksaan bagi menarik perhatian pelajar. Ironinya, antara penggerak utama pusat tuisyen ini ialah kalangan guru dan bekas guru seperti diakui dalam laporan Berita Harian itu. Inilah sebenarnya duri dalam daging kepada institusi pendidikan negara kita yang mana guru ini sanggup mengetepikan pelajar dengan lebih mengutamakan keuntungan di pusat tuisyen. Jika guru ini ikhlas ingin berkongsi ilmu dan kemahiran menjawab soalan peperiksaan, kenapa tidak ia disalurkan kepada sekolah sendiri? 
Oleh itu, kerajaan seharusnya perlu fokus dan teruskan hasrat murni mereka dalam memansuhkan UPSR dan PMR kerana ia sememangnya kena pada masa. Dengan pemansuhan ini, ibu bapa tidak lagi perlu pening kepala dan mengeluarkan belanja untuk menghantar anak ke pusat tuisyen akibat daripada tekanan orientasi peperiksaan. Ia juga akan membolehkan guru fokus dalam memberikan komitmen mereka kepada sekolah dan tidak lagi keletihan dan hilang fokus dengan aktiviti luar mereka di pusat tuisyen. 


NOORAZMIR ZAKARIA,
Pangsapuri lestari, KL.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP