Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Perbincangan Meja Bulat Tidak Perlu Terburu-buru

Thursday, July 8, 2010

Rumusan pemansuhan UPSR, PMR wajar liputi semua aspek

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta mengkaji secara mendalam setiap pandangan dalam perbincangan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini supaya tidak membuat rumusan atau keputusan terburu-buru berhubung cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ia kerana tempoh mengemukakan rumusan perbincangan kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal bulan depan agak singkat dan dikhuatiri tidak memadai bagi membolehkan Kementerian Pelajaran membuat pertimbangan teliti.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata kementerian mesti memperhalusi setiap pandangan secara berhati-hati dengan turut mengambil kira kepentingan pelbagai aspek secara menyeluruh dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Jangan tergopoh gapah atau membuat keputusan drastik, terutama tanpa perancangan rapi dan teliti. Kita tidak boleh mengambil risiko mempertaruhkan kredibiliti sistem pendidikan negara dan jika berlaku, guru dan pelajar akan menjadi mangsa, katanya semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kementerian akan mengadakan rundingan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan dan rumusannya dikemukakan awal bulan depan.

Noor Azimah berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran bagi menyatakan minat menyertai perbincangan itu dan meminta lebih banyak persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) mengambil bahagian kerana ia bakal menentukan masa depan sistem pendidikan negara.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata sebarang rumusan hasil perbincangan meja bulat harus bertunjangkan kepentingan pelajar.
Ini bermakna keutamaan mutlak mestilah tertumpu kepada pelajar, bukan untuk memberi kepuasan kepada pihak lain semata-mata, seperti ibu bapa, ahli politik, industri buku atau pengusaha tuisyen. Dalam konteks ini, Kementerian Pelajaran diharap tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang bersuara untuk kepentingan peribadi, katanya.

Exco Pusat Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik), Adimas Halim Abdul Manaf, berharap peserta perbincangan memberikan pandangan bernas supaya dapat menyuntik input berkesan dan bukan secara emosional kepada Kementerian Pelajaran.

Kementerian diharap bersikap terbuka untuk memperhalusi setiap pandangan, terutama daripada pertubuhan guru kerana mereka adalah pihak yang lebih mengetahui keadaan dan keperluan sebenar pelajar pada peringkat akar umbi, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM) yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Shaari Abdullah, berkata secara peribadi beliau berpendapat pemansuhan UPSR dan PMR akan menggalakkan pelajar memperluas skop bahan bacaan mereka.

Ini kerana kebanyakan pelajar mengehadkan pembacaan kepada buku ulang kaji bagi membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan, sekali gus menyebabkan ilmu pengetahuan mereka tidak diperluas kepada pelbagai genre bahan bacaan, katanya.

Berita Harian Online: 7 Julai 2010

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP