Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Wajib Sedia Guru Mandarin dan Tamil

Wednesday, June 16, 2010


KUALA LUMPUR 13 Jun - Kerajaan akan mewajibkan penyediaan guru-guru bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar berkenaan sudah wujud kerana kerajaan menyedari kepentingan setiap pelajar menguasai pelbagai bahasa, namun ia tidak dilaksanakan sepenuhnya.


"Kerajaan akan mengkaji dan meneliti perkara ini. Ia bukan sahaja menjadi nilai tambah kepada setiap pelajar, malah akan membezakan keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan kaum lain di negara ini.


"Selain untuk menimba ilmu, ia juga mampu meningkatkan persefahaman antara kaum selain membolehkan setiap kaum menghayati kepelbagaian nilai, seni dan budaya yang terdapat di negara ini," katanya.


Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran berucap merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Hadir sama Presiden PPP, Datuk M. Kayveas dan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan.
Menurut Muhyiddin, langkah menjadikan pembelajaran bahasa Tamil dan Mandarin sebagai bahasa wajib pernah dibincangkan tetapi masih belum dilaksanakan.


Mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Muhyiddin berkata, kerajaan akan melihat kembali proses pemberiannya supaya mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja menerimanya.


Menurutnya, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi peluang kepada setiap pelajar melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat universiti menerusi bantuan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman pelajaran.


"Perbincangan mengenai perkara ini telah dibangkitkan di dalam Kabinet. Kerajaan akan meneliti dan memperbaiki sekiranya berlaku ketidakadilan dalam pemberian biasiswa mahupun pinjaman pelajaran kepada pelajar," katanya.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan dan pembangunan di sekolah khususnya sekolah jenis kebangsaan, sekolah bantuan, sekolah agama rakyat dan sekolah mubaligh.


Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk menanggung kos utiliti di kesemua empat kategori sekolah tersebut.
Utusan Malaysia Online: 14 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP