Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

TOLONGLAH PERMUDAHKAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK TAHUN SATU, KURANGKAN SUBJEK

Saturday, March 20, 2010


Berita Harian bertarikh 8 Mac 2010 - TOLONGLAH PERMUDAHKAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK TAHUN SATU, KURANGKAN SUBJEK


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS (BUNGAJAMBUL:BHA19471) dalam ruangan RAKAN@BH akhbar Berita Harian bertarikh 8 Mac 2010 -  TOLONGLAH PERMUDAHKAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK TAHUN SATU, KURANGKAN SUBJEK.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan berkaitan dengan kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melaysia dan Matematik Tahun 1.
 
Untuk makluman, sukatan pelajaran Matematik Tahun 1 dibina dengan memberi fokus kepada kemahiran asas matematik yang perlu dikuasai oleh murid seawal Tahun 1. Kandungan sukatan merangkumi tajuk nombor 1 hingga 100, operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas dan aplikasi oleh murid dalam kehidupan harian mereka.
 
Pembangunan sukatan pelajaran Matematik Tahun 1 adalah berasaskan “developmental” dengan mengambilkira standard yang telah ditetapkan bagi komponen Matematik di prasekolah dan standard yang direka bentuk bagi Matematik Tahun 2.
 
Bagi kurikulum Standard Bahasa Malaysia sekolah rendah, kurikulum standard telah digubal dengan memperkenalkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang mesti diajar dan dikuasai oleh murid.
 
Bagi murid Tahun 1, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang digubal mengambilkira kesesuaian dan kemampuan murid pada peringkat umur mereka supaya boleh menguasai kemahiran bahasa, memperoleh pengetahuan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan.

Kurikulum Standard Bahasa Malaysia ini juga mengetengahkan pendekatan pembelajaran secara didik hibur dan berbentuk modular bagi mengcungkil potensi murid, menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis, di samping menyemaikan semangat perpaduan dalam kalangan murid.
 
Transformasi kurikulum melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berusaha mengurangkan jumlah mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh murid di sekolah. Bidang pembelajaran akan dibahagikan kepada dua modul teras; Teras Asas dan Teras Tema. Melalui Modul Teras Asas, murid akan belajar mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di sekolah jenis kebangsaan, Matematik, Pendidikan Islam bagi murid beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan beragama Islam, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Teras Tema pula mengandungi 3 mata pelajaran iaitu Malaysia Negaraku, Pendidkan Seni Visual dan Muzik dan Dunia Sains dan Teknologi.
 
Penegasan dalam KSSR ialah kepada kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid. Selain itu, elemen kreativiti, ICT dan keusahawanan turut ditegaskan secara merentas kurikulum. Pelaksanaan prinsip KSSR secara berkesan akan mampu menyumbang kepada perkembangan potensi murid secara holistik dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP