Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kerja Cikgu Ni Senang...

Sunday, March 21, 2010


“Senang jadi cikgu ya!”
Ianya lebih berupa pernyataan berbanding satu soalan.
“Budak cuti seminggu, cikgu pun dapat cuti seminggu.”
cuti sekolah ikon
Saya senyum. Malas untuk membalas kata-kata tersebut kerana ternyata individu yang menyeluarkan pernyataan tersebut sudah menetapkan mindanya. Tidak ada gunanya saya memeningkan kepala untuk membalas kata-katanya.
“Ya? Sabtu ni cikgu sekolah saya dah mula ke sekolah.”
Saya masih tersenyum.
“Adik saya tuh cuti seminggu, seminggu duduk kat kampung. Seronok betul!”
rumah kampung
Hmmm.. Benarkah kerja cikgu ni senang? Seronok dapat cuti panjang bila murid sekolah bercuti? Kerja setengah hari, 5 jam saja?
Betul ke cikgu-cikgu sekalian?
Kita kena betulkan persepsi masyarakat ini.
Kerja guru tidak setakat habis apabila murid balik dari sekolah, atau apabila murid bercuti.
Mungkin ada sebahagian kecil guru yang bersikap demikian. Yalah, Segugus buah tak mungkin semuanya manis kan.
buah
Tapi, saya pasti saya tidak bersikap demikian. Dan saya juga kenal ramai rakan guru yang tidak bersikap demikian.
Dan saya juga yakin bahawa mereka yang menyatakan kerja guru ni senang, belum lagi menjadi guru.. cuma bercita-cita jer nak menjadi guru..
Bayangkan kalau guru beranggapan kerjanya senang.
Dah tentu tak perlu buat persediaan. Kerja senang! Apa nak buat persediaan? Nak-nak kalau mengajar sekolah rendah. Apatah lagi kalau mengajar pemulihan macam saya? Hehehehe..
teacher_animated
Iskkk.. Tak sanggup saya nak membayangkan keadaan itu. Anda bagaimana?

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP