Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Insentif Cemerlang

Monday, March 8, 2010

SLIM RIVER: Pengetua, guru besar dan semua guru sekolah bukan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang berjaya meningkatkan prestasi akan turut diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Insentif akan diberi dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan seperti kenaikan pangkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah dan melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak di Taman Tasek YDP, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai insentif khas berkenaan pada sambutan Hari Guru tahun ini. Sambutan Hari Guru ialah pada Mei.

Beliau berkata, pemberian insentif itu akan melalui kriteria yang ditentukan dan mengambil kira juga kedudukan sekolah, terutama bagi sekolah luar bandar. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP