Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Download Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Monday, December 12, 2011




OK. Saya tahu ramai yang sedang sibuk mencari borang bantuan RM500 yang sedang heboh dihangatkan sejak semalam. Yelah, hari ini sahaja dah masuk 11 Disember 2011, jadi semalam memang sibuk orang serbu ke pusat-pusat yang berkenaan untuk membuat pendaftaran dan permohonan untuk bantuan Rakyat 1 Malaysia. Yang ada internet pula, pastinya sibuk mencari link download borang bantuan rakyat 1 Malaysia. Betul tak?
Bagi yang layak..borang tersebut boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang. Yang ada internet, boleh download melalui link dibawah dengan kadar yang segera.
Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500:
Saya jumpa link download dari Filesonic dan Mediafire. Boleh pilih nak download dari sumber yang mana satu anda suka. Diulangi, ianya percuma. Tak perlu kena bayar apa-apa untuk download borang ini.
Saya yakin ramai yang tak tahu tentangSyarat Layak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ni bukan? Jadi, sila rujuk dengan beberapa point dibawah. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak dalam hal ini.
Syarat Asas :
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan
Dokumen Wajib :
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera
  • Salinan Gaji
  • Jika anda penerima bantuan e-Kasih, anda layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Dari sumber Mekanisma BR1M, bantuan ini diberikan kepada ketua keluarga atau ketua isi rumah. Ianya merangkumi indidu yang berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara. Ilustrasi dibawah penerangan bagaimana anda layak untuk memohon BR1M



Ok. Dah lengkap semua kan? Apa yang perlu anda lakukan?
Borang yang sudah lengkap bolehlah diserahkan melalui Pejabat Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih, ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012, manakala bagi Pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).
Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.
Untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.


sumber : http://ohcikgu.com

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP