Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Solat Mampu Atasi Keruntuhan Moral Pelajar

Saturday, May 7, 2011

ISU disiplin dan keruntuhan moral pelajar sekolah adalah satu isu yang seolah-olah tiada kesudahannya. Dari dulu hingga sekarang masalah disiplin, sosial, peradaban dan moral di kalangan pelajar sekolah nampaknya semakin lama semakin menjadi-jadi hinggakan semua pihak buntu dalam mencari jalan penyelesaiannya. 

Ibu bapa, guru, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan harus sedar permasalahan ini perlu diatasi dengan segera kerana pelajar sekolah ini perlu dilengkapkan dengan akhlak yang baik kerana mereka adalah aset yang terpenting dalam agenda kemajuan dan kemakmuran negara.



Sekiranya isu ini terus berlarutan, ia akan menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah, sekali gus merugikan negara yang begitu memerlukan tenaga kerja golongan muda yang berwibawa dalam mendukung aspirasi pembangunan sosioekonomi negara.

Apapun, saya melihat punca kepada segala isu keruntuhan moral pelajar ini ialah kerana ramai pelajar beragama Islam yang tidak cukup menunaikan solat lima waktu. Malah, ada yang tidak pernah bersolat. 

Paling mendukacitakan ialah ada antara mereka dan seluruh ahli keluarga tidak pernah mengerjakan solat. Inilah permasalahan besar jawapan kepada isu keruntuhan moral pelajar sekolah. Solat itu adalah benteng diri kepada setiap manusia. Tetapi apabila kita tidak sembahyang, tidak ada benteng yang ada untuk mempertahankan diri daripada melakukan dosa dan kesilapan. 

Tidak perlulah kita sibuk membincangkan mengenai permasalahan ini secara panjang lebar sehingga menjadi satu isu perdebatan di antara kita sekiranya pokok asasnya iaitu solat lima waktu setiap sehari semalam itu terlepas pandang daripada benak fikiran kita. 

Murid pada peringkat sekolah rendah dan menengah pada sesi petang sepatutnya diperuntukkan masa khas untuk solat secara berjemaah pada waktu Zuhur dan Asar di sekolah. 


CIKGU MOHD NORHIESYAM, 
Larkin, Johor. 


0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP