Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

SMS Berkaitan Dengan Beban Tugas Guru

Tuesday, May 24, 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “JDOY:BHA32217” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 10 Mei 2011.
 
KPM merujuk kepada SMS – Wahai Kementerian Pelajaran Malaysia! Apa keputusan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru? Harap umumkan, jangan dilengah-lengahkan lagi!
 
Bagi menangani isu beban tugas guru, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG). JKMIBTG telah mengenal pasti 14 faktor yang menyebabkan guru-guru terbeban dan telah mencadangkan 28 perakuan untuk menangani isu beban tugas guru ini. Daripada 28 perakuan tersebut, ada yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan ada yang memerlukan jangka masa panjang untuk dilaksanakan.
 
Satu Jawatakuasa Kerja Pelaksana yang terdiri daripada Bahagian-bahagian di KPM juga telah ditubuhkan untuk memastikan perakuan-perakuan tersebut dilaksanakan. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan di mana status pelaksanaan perakuan-perakuan ini akan dilaporkan.
 
Antara perakuan yang telah diambil tindakan adalah:
 
i.                    Edaran surat siaran oleh KPM bagi menjelaskan serta menegaskan bahawa perancangan dan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu hendaklah diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan; dan
 
ii.                  Satu kajian eksperimental sedang dijalankan mulai Januari sehingga Disember 2011 bagi melihat keberkesanan penambahan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dalam mengurangkan beban tugas guru khususnya tugas-tugas perkeranian yang selama ini dilakukan oleh guru. Sehubungan itu, KPM telahpun membuat pengisian 100 jawatan tambahan PT (P/O) di 50 buah sekolah gred A yang mempunyai enrolmen murid melebihi 1,500 orang bagi tujuan kajian eksperimental tersebut. Dapatan kajian ini akan membantu KPM dalam menangani isu beban tugas guru.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP