Semakan & Kemaskini Maklumat Dalam Aplikasi Emis Online Untuk Tujuan Penyediaan Keperluan Sebenar Emolumen & PCG Tahun 2012 Di Bawah KPM
Wednesday, May 11, 2011
Semakan & Kemaskini Maklumat Dalam Aplikasi Emis Online Untuk Tujuan Penyediaan Keperluan Sebenar Emolumen & PCG Tahun 2012 Di Bawah KPM
Dimaklumkan bahawa pada Mei 2011 Bahagian Kewangan, KPM akan membuat penyelarasan mengenai penyediaan peruntukan emolumen dan PCG di sekolah-sekolah bagi tahun 2012. Bahagian Kewangan, KPM juga telah menetapkan akan menggunakan maklumat EMIS sepenuhnya bagi melaksana penyediaan peruntukan berkenaan. Maka peruntukan yang akan diturunkan ke sekolah-sekolah bergantung kepada ketepatan data EMIS sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Data untuk menyemak dan mengemaskini maklumat enrolmen murid, guru dan staf supaya maklumat dalam aplikasi EMIS sahih dan tepat. Tempoh pengemaskinian perlu dilakukan selewat-lewatnya sebelum 18 Mei 2011. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila berhubung dengan En Basri bin Hj Sahlan di talian 06-7653214.
Sumber : http://spmict.jpnns.gov.my/















0 comments:
Post a Comment