Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Istirehat Atau Istirahat ?

Tuesday, May 3, 2011

KITA sering menggunakan perkataan *istirehat untuk maksud “suasana bersantai” atau “berhenti daripada melakukan sesuatu untuk menghilangkan penat”. Yang aneh dan tidak kita sedari ialah perkataan ini tidak disenaraikan di dalam mana-mana empat versi Kamus Dewan walaupun penggunaannya sangat kerap. Sebaliknya, yang disenaraikan ialah istirahat. Perkataanistirahat berasal daripada bahasa Arab.


Kelaziman penggunaan *istirehat mungkin disebabkan wujudnya perkataan yang hampir sama makna, iaitu rehat. Perkataan ini mungkin sebagai ganti istirahat, yang disesuaikan sebutannya kerana kejanggalan menyebut rahat. Dengan sebab yang demikianlah agaknya perkataan istirahat tidak dikenali, sebaliknya digunakan *istirehat atau rehat sahaja.

Perkataan rehat dan rahat terdapat di dalam Kamus Dewan, dengan makna yang sama dengan istirahat. Perkataan rahat ini berasal daripada bahasa Arab juga, mungkin kependekan bagi perkataan istirahat. Perkataan rehat pula mungkin bentuk asal atau telah sedia ada dalam bahasa Melayu lalu digunakan secara baku.

Walau bagaimanapun, mulai sekarang, biasa-biasakanlah menggunakan istirahatrahat, atau rehat sahaja, bukannya *istirehat.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP