Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Hargai Jasa Guru Didik Anak Bangsa

Monday, May 16, 2011

“CIKGU suka main bola, hari-hari cikgu main bola, Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur. 

“Cikgu sudah tidur mari kita main.”


Demikian bait dipetik dari filem komedi popular berkisarkan kehidupan seorang guru. Betapa penting dan besarnya peranan guru dalam bilik darjah yang mampu mempengaruhi anak didiknya. Bak kata pepatah, guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Terdapat sindiran sinis dalam filem ini yang mampu membuka fikiran umum bahawa guru contoh terbaik dalam mewarnai dunia akademik. Jika guru tidak menjalankan peranan sebagai ejen mendidik maka akan terbentuk suatu keadaan yang dipaparkan itu. 

Guru golongan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Sebagai pendidik, mereka diamanahkan untuk membimbing, membentuk dan membina warga muda yang dapat memenuhi aspirasi negara. 

Jangan cuba sekali-kali menafikan sumbangan dan jasa guru kepada kita. Pengorbanan mereka mendidik anak bangsa sememangnya tidak dapat dipertikaikan. 

Kerajaan kini begitu agresif dan fokus dalam menjalankan perancangan dan strategi menggunakan pendekatan transformasi berkaitan aspek ekonomi, masyarakat, perkhidmatan, cara kerja dan pemikiran. Perubahan demi perubahan diolah supaya dunia pendidikan negara mampu bersaing di rantau dunia. 
Sempena hari guru ini, mari kita renungkan pencapaian diri, di mana kita berada? Adakah kita akan berada di tahap sekarang tanpa sokongan dari seorang guru? Tepuk dada tanya selera. 

Seseorang yang tidak pernah mengharapkan balasan dalam perbuatannya, seorang yang tekun mendidik walau ada murid mencebik, seorang yang tidak luntur minatnya memberi nasihat walaupun ada murid tidak berminat, seseorang yang menitiskan air mata apabila muridnya berjaya. 

Apa yang pasti, pengorbanannya wujud tanpa disedari, kesungguhannya wujud tanpa dirasa, kepayahannya wujud tanpa didengar dan perjuangannya wujud tanpa ada noktahnya. Terima kasih cikgu. 

SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM, 
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti 
Teknologi MARA Melaka.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP