Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Guru Kena Inovatif Jayakan Transformasi Pendidikan

Saturday, May 21, 2011

MEI kebiasaannya dikaitkan dengan sambutan pelbagai hari tertentu Hari Guru yang diraikan pada setiap 16 hari bulan. Tema Hari Guru 2011 adalah ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. 

Tema itu jelas membawa maksud perubahan ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara perlu digerakkan 400,000 pendidik di seluruh negara.

Golongan ini adalah jumlah terbesar daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan kerajaan. Justeru, antara elemen terpenting yang harus dimiliki guru dalam merealisasikan transformasi itu ialah budaya inovasi, khususnya dalam pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Secara umumnya, inovasi memberi makna pembaharuan dari aspek idea dan amalan guru. Nilai aspirasi 1Malaysia turut menyenaraikan budaya inovasi sebagai nilai yang perlu diberi penekanan dalam melaksanakannya. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen karakter bersama kebijaksanaan seperti inovasi. 

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia tahun lalu turut menekankan antara fokus yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara ialah membangunkan generasi muda yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif. 

Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya budaya inovasi dipupuk dalam diri pendidik. Guru perlu berani berubah untuk kebaikan, mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa menjadi perintis dalam bidang pendidikan. Guru berinovasi harus memikirkan cara memanfaatkan kemudahan disediakan untuk kebaikan pelajar. 

Mungkin ada baiknya juga Kementerian Pelajaran merancang untuk memansuhkan peperiksaan wajib darjah enam dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selain mengehadkan pengambilan subjek dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM). 

Di samping mengurangkan beban guru yang terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tempoh ditetapkan, banyak masa boleh digunakan mereka untuk membudayakan inovasi ini khususnya memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk pelajar mereka. 

ABDUL HALIM ABDULLAH,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP