Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

CUEPACS Mesti Lebih Adil Tuntut Gaji, Elaun

Monday, May 2, 2011

USAHA Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon penyelarasan gaji mahu pun elaun kakitangan awam sempena Hari Pekerja 2011 memang dialu-alukan demi menjaga kebajikan pekerja. 

Penyelarasan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar sama rata kepada semua kakitangan awam RM300 sebulan tanpa mengira kategori kawasan kakitangan itu bertugas juga satu keputusan adil.



Ini kerana, elaun COLA bukan hanya untuk menampung keperluan kos sewa rumah saja tetapi merangkumi kos sara hidup seharian seperti keperluan makan minum dan pengangkutan. Dalam kepesatan ekonomi kini, kos sara hidup ibarat air laut ada pasang surutnya.

Bagaimanapun, dalam merancang tindakan wajar daripada kerajaan, CUEPACS juga perlu realistik dan memastikan apa yang diminta itu memberi keadilan kepada semua kakitangan awam pelbagai gred jawatan. 

Merujuk temu bual Azrul Affandi Sobry bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, sempena Hari Pekerja bertajuk ‘Bayaran COLA lebih adil terus diperjuang’ yang disiarkan akhbar ini kelmarin, ada perkara saya fikir terlepas pandang daripada penilaian beliau. 

Mengikut pemahaman saya, tujuan elaun COLA dibayar untuk membantu kakitangan awam menguruskan kos kehidupan seharian bukan membantu pembayaran kos sewa rumah kerana bagi tujuan pengurusan kos sewa rumah, setiap kakitangan awam sudah pun mempunyai elaun perumahan atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). 

Lagipun, situasi semasa perlu difahami serta dikaji kerana apa yang berlaku mungkin sewa rumah di bandar lebih mahal berbanding di luar bandar tetapi harga barang keperluan di bandar lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang keperluan di luar bandar. 


Saya perhatikan sebelum ini, kebanyakan usaha CUEPACS berkaitan kenaikan gaji, elaun mahu pun pemberian bonus tahunan banyak memberi keuntungan kepada kakitangan sokongan gred 1 hingga 40 serta gred 48 ke atas dan yang menjadi mangsa keadaan adalah kakitangan gred 41 hingga 44. 

Sebarang usaha CUEPACS berkaitan gaji, elaun dan bonus perlulah dibuat lebih adil dan saksama supaya sistem sedia ada tidak menjadi bahan jenaka pihak lain. 

Kita biasa mendengar gurauan: “Saya yang tak sambung belajar dan tidak ada ijazah pun dapat gaji lebih tinggi dari awak yang ada ijazah”. Harap CUEPACS dan kerajaan lebih peka mengenai perkara ini. 

KAKITANGAN 41,
Tanjung Malim, Perak.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP