Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Sistem Pertukaran Kakitangan Bukan Guru Secara Online melalui eTukar 1 Apr 2011

Friday, April 8, 2011

 Permohonan pertukaran antara negeri kakitangan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia bagi bulan julai 2011 adalah secara online melalui sistem E-Tukar. Sistem E-Tukar telah dibuka mulai hari ini (1 April 2011) hingga 30 April 2011. Pautan ke laman E-Tukar boleh dilayari melalui laman web ini dengan memilih menu Aplikasi online pada sebelah atas dan klik pada submenu E-Tukar.


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran . Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:

a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)



SANGAT PENTING :
Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

i) Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
ii) Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
iii) Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
iv) Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
v) Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
vi) Laporan Polis; jika berkaitan ; jika berkaitan dan
vii) Lain-lain dokumen berkaitan.

Peringatan

Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah ipg/pengarah-pengarah kolej matrikulasi,pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan. Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.

Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.



E-Tukar 2011
Paparan  Sistem eTukar 2011

Pengguna baru perlu klik Login Kali Pertama dan mendaftarkan maklumat pengguna.

E-Tukar 2011

Ruangan pendaftaran pengguna baru

Talian Bantuan

Nombor talian: 03-8884 7733/7754/7788/7846
Talian Bantuan boleh dihubungi pada waktu dan hari seperti berikut :
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi –5.30 Petang
Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat

Bantuan Pengguna

Sekiranya terdapat sebarang masalah/aduan berkaitan dengan Sistem e-Tukar Bukan Guru, sila maklumkan kepada email berikut : etukar@moe.gov.my

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP