Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Sekolah diarah Kesan Pelajar Miskin

Tuesday, March 22, 2011






Kementerian guna data e-Kasih pastikan mereka layak bantuan KWAMP tak tercicir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengarahkan sekolah meneliti dan mengenal pasti pelajar yang tidak didaftarkan dalam e-Kasih tetapi memenuhi syarat kelayakan untuk menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP). 

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata tindakan itu selaras keputusan Kabinet golongan terbabit perlu dibantu, selepas banyak pihak membangkitkan isu berkenaan.



“Tahun lalu, 631,080 pelajar menerima bantuan KWAMP membabitkan RM160,156,500 dengan menggunakan data e-Kasih dan pada masa sama sekolah diberi mandat melalui sebuah jawatankuasanya untuk menapis permohonan.


“Awal tahun ini pula oleh kerana diminta untuk menggunakan data e-Kasih, maka kita terpaksa mengehadkan. Jika kita mematuhi data e-Kasih semata-mata, hanya RM25,162,300 diberi kepada 47,159 pelajar. 

“Bagaimanapun, disebabkan ramai bersuara mengenai perkara ini, ia dibawa ke Kabinet di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyatakan kita perlu membantu selaras gagasan 1Malaysia,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing (BN-Tuaran). 

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas) pula, Ka Siong, berkata Kementerian Pelajaran tidak membenarkan ceramah berbaur politik dilakukan di sekolah, termasuk ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan KWAMP. 

“Jika hendak berucap, biarlah kena pada tempatnya. Menerangkan bagaimana kita membantu pelajar dan juga memberi galakan kepada golongan miskin supaya bekerja keras untuk menjadi orang profesional kelak. 


“Kita menggunakan pendekatan memberi motivasi kepada pelajar, itu jauh lebih baik daripada ceramah politik,” katanya. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP