Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Rakyat Perlu Hayati Rukun Negara

Thursday, March 3, 2011





BERAPA ramaikah rakyat Malaysia memahami Rukun Negara? Kalau diajukan persoalan kepada orang awam di pusat beli-belah, kopitiam, pasar malahan golongan intelektual di menara gading, berapa ramaikah dalam kalangan mereka yang berani menabik dada lalu menyatakan bahawa mereka memahami segala inti pati dalam Rukun Negara? 

Tujuan di sebalik penggubalan Rukun Negara adalah untuk mencipta falsafah negara yang dapat dijadikan sebagai tatasusila.

Rukun Negara seperti tonggak tatasusila rakyat Malaysia, mirip kepada Pancasila yang menjadi falsafah dan pegangan warga Indonesia.


Sebenarnya, insiden hitam yang menimpa negara pada 1969 yang kini lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei mencelikkan pemimpin negara bahawa satu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, anutan agama, bangsa dan keturunan. 

Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima prinsip itu dirangka berdasarkan keperluan nasional dan rupa bentuk komposisi penduduk negara. 

Objektif sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai pegangan kuat dan tidak mudah bergoyah terhadap ajaran agama masing-masing. 

Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia, Rukun Negara juga menghendaki rakyat menumpahkan perasaan taat setia sepenuhnya serta tidak berbelah-bahagi kepada raja dan negara. 


Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan prinsip demokrasi, rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan kepada raja yang berupa simbol perpaduan negara dan payung kepada seluruh rakyat jelata. 

Setiap warga negara sememangnya bertanggungjawab dalam usaha memastikan kedaulatan undang-undang negara kita tidak tercemar mahupun dilanggar oleh mana-mana pihak dan elemen negatif. 

Setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan tahap kelakuan yang terpuji lagi sesuai dengan amalan budaya masing-masing. 

Memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, terdapat unsur kepelbagaian dalam amalan kebudayaan masyarakat majmuk kita. 
Bagaimanapun, setiap warga negara dikehendaki menunjukkan peri laku sopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian. 

Rukun Negara adalah falsafah untuk dihayati dan dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia sesuai dengan tatasusila dan norma anggota masyarakat kita tanpa sebarang penguatkuasaan undang-undang. 


ANAK MALAYSIA, 
Batu Pahat, Johor.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP