Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Punch Card Dah Merah

Monday, March 28, 2011


Huhhh !! Hari ini saya buat rekod baru sepanjang  dua puluh lima tahun berkhidmat. Bukan naik pangkat,kerana skim naik pangkat dah habis skim.Bukan dapat anugerah Cemerlang kerana sudah tiga kali dapat APC.Bukan naik gaji kerana gaji sudah rapat ke dinding. Tapi hari ini saya buat rekod paling lewat dan lama datang ke pejabat yang jaraknya tidak sampai 20 km dari rumah. Biasanya saya datang setengah jam lebih awal tapi hari ini saya lewat 1 Jam 30 minit dari masa masuk pejabat...

Saya kira bukan saya seorang yang lewat hari ini terutama mereka yang tinggal di selatan Kuala Terengganu. Ramai lagi rakan-rakan kakitangan kerajaan persekutuan,negeri,badan berkanun yang sewaktu lewatnya seperti dengan saya. Guru sekolah dan murid sekolah juga lewat. Semua mereka yang "memburu masa" waktu pagi sah bin wajib memang lewat. Semuanya gara-gara banjir dan trafik jem.Banjir jem,Jem banjir.

Hujan luar musim yang turun luar biasa semenjak dua menjak ini menyebabkan kawasan rendah di sekitar Pekan Bukit Payong digenangi air. Taman Mas tempat tinggal saya tak payah ceritalah sememangnya dari dulu  termashur dengan "lubuk air bertakung". Selagi tidak siap projek "monson drain" selagi itulah ikan sekila,sepat dan puyu tidak payah cari alur dan baruh untuk bermain. Mereka boleh datang bermain dalam longkang dan jalan dekat taman saya ini.

Sewaktu menghantar puteri bongsu ke SMK Seri Payong jalan telah digenangi air,padang sekolah seperti kolam renang dan lalu lintas bersesak. Saya melalui jalan SK Paya Resak untuk ke pejabat kerana jalan lepas Klinik Bukit Payong ke Kuala Terengganu telah dinaiki air.Rupa-rupanya satu kilometer sebelum lampu isyarat Padang Midin episod "trafik jem" bermula dan amat teruk lagi dari Wakaf Mempelam hingga Wisma Seri Iman.

Memang sah ramai pemburu waktu terperangkap dalam kesesakan. Selain kakitangan awam yang mengejar WP1(7.30 pagi),WP2(8.00 pagi) dan WP3(8.30 pagi) terperangkap,ada juga van bawa budak sekolah dan ambulan. Oleh itu kepada Ketua-Ketua dan Bos-Bos janganlah marah kalau hari ini,punch card anak buah bertukar warna merah. Kepada Pengetua dan Guru Besar,jangan marah kalau punch card guru-guru merah. Kepada Guru Disiplin,jangan marah dan rotan kalau murid datang lewat hari ini.Kepada para waris pesakit jangan marah kepada doktor dan hospital jika nyawa orang tersayang tidak dapat diselamatkan. Mereka tidak bersalah. Bahkah patut mereka diberi penghargaan kerana tetap datang dalam keadaan sukar. Bahkan tetap sabar melalui lampu-lampu isyarat tanpa melanggar atau dilanggar. Hari ini mereka meletakkan peraturan keselamatan dalam hati dan jiwa walaupun mereka telah jauh terlewat sampai ke tempat kerja mengikut waktunya. Tiada maki hamun,tiada dengongan hon.

Sambil sabar menunggu saya teringat ayat-ayat berikut yang seringkali diucapkan oleh Ketua Sektor saya....

Kadang kita meminta pada  ALLAH setangkai bunga yang indah,tetapi ALLAH SWT berikan kita kaktus yang berduri. Kadangnya kita meminta seekor rama-rama yang cantik,tetapi ALLAH SWT berikan kita ulat.

Kita pun sedih,kecewa,bahkan marah !!! Namun kemudiannya kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama cantik.Itulah jalan ALLAH SWT,indah pada waktuNya! ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi ALLAH SWT……memberikan apa yang kita perlukan !

Kadang kita sedih,kecewa,terluka…berburuk sangka…tapi  jauh di atas segalanya…ALLAH sedang merungkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita…Agar kita belajar  untuk selalu ikhlas dan redha...

Semoga catatan kecil ini mampu memberi cetusan bermakna untuk kita berfikir dan berusaha supaya kehidupan sentiasa menjadi lebih baik dan bererti.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP