Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Martabat Bahasa Melayu Perlu Dipertahan

Monday, March 28, 2011




KITA semua mungkin terkejut melihat orang Jepun, Korea dan China fasih menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. 

Kerap kali penggunaan kata bahasa Melayu diganti dengan istilah bahasa kebangsaan dan Bahasa Malaysia. Sedangkan, dalam situasi rasmi kita menafikan penggunaannya semata-mata mahu menonjolkan bahasa Inggeris. Sedarkan kita bahawa bahasa Melayu kita semakin berkembang dengan istilah dan perkataan baru.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) penting sebagai badan mendaulatkan bahasa. Begitu juga badan bukan kerajaan, tepat sekali syarikat swasta bersama mendaulatkan bahasa.


Ke mana akta berkaitan bahasa? Mungkin akta atau undang-undang digunakan oleh pihak berwajib apabila keadaan menjadi parah atau mendesak atau sebab lain? Walaupun ada majlis menggunakan bahasa Melayu, ia sedikit saja sedangkan jelas bahasa Melayu menjadi mangsa keadaan. 

Peranan pengguna bahasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul sebutan dan ejaannya. Jelas sekali dalam majalah dan surat khabar dan tidak terkecuali dalam facebook atau twitter bahasa Melayu kita mengalami perubahan kependekan perkataan dan istilah. Nampaknya, pengguna bahasa tidak peka dengan keadaan ini. 

Sampai bilakah masalah masa depan bahasa Melayu hendak diperdebatkan? Sedangkan jelas akta bahasa kebangsaan menjamin kedudukan bahasa di negara kita. 

Janganlah kita terlalu mengagungkan bahasa lain sampai bahasa kita sendiri mengalami kepupusan. Oleh itu, saya berpandangan kita perlu sama-sama menggunakan bahasa dengan betul. Tidak kira kita berada di mana-mana pun, tapi gunakan bahasa sebagai jiwa bangsa. 


KAMUS BIRU, 
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP