Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Minat Membaca Masih Rendah

Wednesday, February 23, 2011


JIKA kadar celik huruf meningkat tidak semestinya minat membaca turut meningkat. Walaupun boleh membaca tidak semestinya murid minat membaca. 

Oleh itu, selepas murid mencapai peringkat tertentu kemahiran membaca, perlu disusuli usaha menyuburkan minat membaca. Jika tidak, murid tidak mendapat bimbingan sewajarnya dan ini boleh menjejaskan perkembangan minat membaca.



Persoalannya, sejauh mana guru benar-benar menguasai kemahiran merangsang minat membaca?


Memang benar kemahiran ini didedahkan ketika kursus perguruan, namun jika program minat membaca terabai, penguasaan kemahiran guru mungkin terjejas dan pengalamannya terbatas. 

Diharap tugas yang begitu banyak tidak menjejaskan tumpuan guru meningkatkan minat membaca murid. 

Keghairahan sekolah melonjakkan prestasi akademik mendorong usaha difokuskan kepada program kecemerlangan peperiksaan yang memang baik, namun sejauh mana ia membantu meningkatkan minat membaca? 

Antara kriteria diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi ialah murid mesti ada minat membaca yang tinggi. 
Tidak wajar kita mengambil jalan mudah dalam meningkatkan prestasi peperiksaan. Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan sesuai untuk merangsang minat membaca yang berkesan. Diharapkan dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat minat membaca. 

ZIN MARKAM, 
Pontian, Johor.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP