Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Insentif Dorong Pengetua Tingkat Prestasi Sekolah

Friday, February 11, 2011





Insentif RM7,500 yang diberikan Kementerian Pelajaran kepada guru besar kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah di bawah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah satu pengiktirafan besar kerajaan kepada perkhidmatan perguruan negara. 

Ia juga dianggap sebagai hadiah bermakna bagi guru besar dan warga sekolah, sama ada sekolah bandar atau luar bandar kerana pemberian insentif itu bergantung kepada usaha mereka meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Roslan Madun, berkata pemberian insentif itu dapat menjadi dorongan kepada guru besar dan warga sekolah yang tidak terpilih menerimanya untuk berusaha lebih kuat bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.
“Tidak harus timbul rasa iri hati atau tidak puas hati jika tidak menerima insentif ini kerana Tawaran Baru terbuka kepada semua sekolah dan penilaiannya dibuat berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang dilakukan Jemaah Nazir,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah melepasi sasaran prestasi ditetapkan iaitu pertambahan 600 peratus daripada jangkaan asal dua peratus. 

Tawaran Baru itu adalah satu inisiatif dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang menawarkan ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah melepasi sasaran ditetapkan kementerian. 


Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata, pihaknya berharap Jemaah Nazir yang membuat pengesahan prestasi melakukannya secara telus. 

“Kita bimbang jika pemberian insentif itu dipengaruhi faktor luaran seperti disebabkan perbezaan fahaman politik dan kronisme, guru serta sekolah yang layak tidak menerima insentif itu, sebaliknya warga sekolah yang tidak layak pula menerimanya,” katanya. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP