Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Saran Guna Semula SMM

Wednesday, January 12, 2011


KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mahu Kementerian Pelajaran menggunapakai semula Sistem Maklumat Murid (SMM) untuk pemilihan penerima kemudahan Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi menggantikan sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang amalkan sekarang.


Ini bagi mengelak keciciran kumpulan sasar dari kelompok Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang layak menerima kemudahan bermanfaat itu di seluruh negara.


Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mendakwa penggunaan data eKasih menyebabkan ramai pelajar yang sebelum ini menerima bantuan RMTS dan KWAMP dikeluarkan dari senarai penerima. 

Katanya, beliau menerima maklum balas daripada beberapa Guru Besar di luar bandar dan pedalaman yang menerima arahan daripada kementerian supaya menggunakan data eKasih bagi menggantikan SMM. 

Beliau berkata, ini menimbulkan dilema kelewatan penyaluran kemudahan berkenaan kerana pihak sekolah terpaksa menyenaraikan pelajar baru berpandukan data berkenaan. 

“Ramai ibu bapa merungut kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli kelengkapan sekolah manakala di sekolah pula anak mereka gagal menikmati bantuan makanan berkhasiat menerusi RMTS,” katanya. 


Jamawi yang juga Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diminta mengulas isu penggunaan eKasih untuk pemilihan pelajar yang layak menerima RMTS dan KWAMP yang menimbulkan ketidakpuasan hati ibu bapa dari golongan miskin. 

Beliau mendakwa, ramai pembekal makanan yang menerima tawaran tender program RMTS belum memulakan operasi kerana penerima kemudahan itu belum dimuktamadkan pengurusan sekolah. 

Sebagai contoh katanya, daripada 180 pelajar yang layak menerima kemudahan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Gumis, Tenom, Sabah tahun lalu, kini tinggal sembilan orang. 

Ramai pelajar sekolah itu terpaksa berjalan lebih sejam untuk ke sekolah yang sudah tentu memerlukan pemakanan sempurna menerusi bantuan RMTS bagi mengelak kelaparan dalam perjalanan balik dari sekolah. 

“Difahamkan pekeliling penggunaan data eKasih dikeluarkan Kementerian Pelajaran bertarikh 29 Disember lalu dan dihantar kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah sehari kemudian. 

“Kita harap isu ini diselesaikan segera demi kepentingan pelajar miskin sekali gus mengelak risiko ada pelajar dari keluarga terbabit berhenti sekolah pada usia tujuh tahun,” katanya. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP