Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Penempatan Guru BI Mesti Diselesai

Monday, January 3, 2011

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran menangani isu penempatan semula guru bagi menampung kekurangan guru bahasa Inggeris (BI) secara lebih profesional dengan mengambil kira kepentingan mereka.


Kesatuan yang mewakili lebih 160,000 guru turut mendesak pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berusaha meminimumkan masalah guru berikutan beberapa kerumitan, disebabkan kegagalan membuat semakan terperinci berhubung kedudukan dan keadaan guru termasuk ada antara mereka bukan guru opsyen bahasa Inggeris.


Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata secara prinsipnya NUTP dan semua guru tidak pernah membantah penempatan semula guru kerana sudah diketahui awal dalam usaha menjayakan matlamat Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Bagaimanapun, katanya kaedah dan pendekatan yang digunakan tidak profesional termasuk tidak mengambil kira aspek kemanusiaan dan notis perpindahan yang terlalu singkat. 

Katanya, NUTP yakin isu penempatan semula guru bahasa Inggeris akan dapat diuruskan dengan baik jika wujud situasi menang-menang antara JPN dan guru. 

“NUTP tidak pernah mempertikaikan dasar kementerian dalam menjayakan MBMMBI tetapi kita mempertikaikan kaedah mengeluarkan guru daripada sekolah asal yang dilihat tidak menjaga maruah golongan berkenaan. Kementerian atau JPN perlu memberi ruang kepada guru merayu terutama bagi kes luar biasa,” katanya semalam. 
New Sunday Times semalam melaporkan Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan pemindahan guru bahasa Inggeris ke sekolah yang berdepan masalah kekurangan guru mengajar mata pelajaran berkenaan. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata, ketika ini, Selangor dan Wilayah Persekutuan mempunyai bilangan guru bahasa Inggeris yang ramai dan ada yang tidak lagi mengajar mata pelajaran berkenaan kerana enggan dipindahkan. 

Beliau turut dilaporkan berkata, guru berkenaan mengemukakan masalah keluarga sebagai alasan mengelak dipindahkan, selain mendakwa sudah memiliki kediaman berhampiran lokasi mengajar sekarang. 

NUTP menerima banyak aduan daripada guru yang terbabit dengan penempatan semula termasuk dua kes guru hamil yang ditukarkan ke sekolah baru yang jaraknya 150 hingga 200 kilometer dengan seorang daripada mereka dinasihatkan doktor untuk tidak melakukan perjalanan jauh kerana mengalami pendarahan. 

Kesatuan turut menerima aduan seorang guru wanita di Selangor yang mengajar bahasa Melayu dan sudah berkhidmat 27 tahun tetapi ditukarkan ke sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil di kawasan ladang yang jaraknya lebih 45 kilometer untuk mengajar pendidikan muzik. 

Selain itu, NUTP menerima aduan guru yang hanya menerima surat penempatan semula pada 16 Disember sedangkan guru berkenaan diarah melapor diri pada 1 Disember. 



Sumber : Berita Harian Online


0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP