Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

600 Guru Kanan Kempunan Naik Pangkat

Sunday, January 16, 2011

KUALA LUMPUR – Lebih 600 orang guru penolong kanan siswazah di seluruh negara mendakwa hak mereka untuk mendapat kenaikan pangkat menjadi guru besar sekolah kebangsaan dinafikan.

Ia berlaku apabila mereka berada dalam gred DG41 sedangkan syarat untuk jawatan guru besar hanya bagi guru yang mempunyai gred gaji DG34 iaitu bukan siswazah.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, polisi itu menyebabkan ramai guru yang menyambung pengajian di peringkat ijazah kecewa kerana disekat daripada mendapat kenaikan pangkat.

“Sepatutnya guru yang sudah lama menjadi penolong kanan sekolah selepas melanjutkan pelajaran dapat peluang naik pangkat jadi guru besar tetapi sekarang ia tidak berlaku.

“Selepas tamat belajar mereka tetap akan jadi penolong kanan walaupun gred mereka lebih besar daripada guru besar sekolah itu sendiri,” jelasnya kepada Kosmo! Ahad di pejabatnya di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online



Pendapat  pembaca 1 :


Sudah sampai masanya kementerian mengkaji semula perkara ini. PPPS DG41 perlu diberikan tempat yg sewajarnya di sekolah rendah. Selain taraf perjawatan yg tinggi, ada dalam kalangan PPPS DG41 ini yg memiliki MASTER dan phD. Bukan nak merampas kuasa, tetapi dalam mana2 jabatan kerajaan yg lain, tidak ada pegawai pada kedudukan yg rendah menjadi Ketua Jabatan kepada pegawai yg mempunyai kedudukan perjawatan yg lebih tinggi daripadanya..Alasan pengalaman sudah tidak boleh dijadikan kayu ukur utama.PPPS DG41 yang berkhidmat 10 tahun dan ke atas dilihat sudah layak utk menggalas tanggungjawab ini.


Pendapat pembaca 2 :


DASAR LAPUK KPM perlu diubah. Sudah ketinggalan Zaman. Senario ayang akan berlaku:

1. Dlm 3-4 thn lagi, akan ramai guru DG44 di SR. Ramai yg DG41 akan naik pngkat. Tahun2 seterusnya, bilangannya akan bertambah.

2. Dlm 10 thn lagi, yg Dg44 tadi akan naik ke DG 48. Yang Dg41 akan ke DG 44. Takkanl;ah pada masa ini GB masih lagi DG 32,34dan 38. Sudah sampai masanya transformasi perkhidmatan pendidikan dilakukan TETAPI ada mestilah bersyarat:

1.Lantik GPK 41 skrg ke jwtn GB mulai skrg - syarat penting:
a)Pengalaman di SRendah mesti lebih 15 thn(penting utk pengalaman mentadbir si SR)

2.Lantik Guru Biasa DG41 ke Jwtn GPK secara beransur-ansur-Pengalaman si SR mesti melebihi 15 thn.

3.Utamakan PPPLD ke PPPS dahulu. (DG29/32 ke DG 41). Guru KPLI/JQAF -tunggu selepas 18 thn.

4. Guru DG 41 di SM jgn dibawa turun ke SR. Ini berkaitan pentadbiran di SR.

PENTING:
Kita tidak boleh melupakan guru-guru yg tidak menyambung pelajaran(PPPLD).

1. Sbg penghargaan, lantik mereka ini sbg Guru Cemerlang. Dgn pengalaman melebih 20 thn, amat wajar dan LAYAK mereka diberi guru cemerlang DG 34, 38 berbanding guru yg baru 8 thn dah jadi guru cemerlang.

"KITA PERLU BERUBAH, JIKA TIDAK PROFESYEN PERGURUAN AKAN DITERTAWAKAN ORG. KETUA JABATAN GRED LEBIH rendah drp ANAK BUAH"

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP