Pelaksanaan PTK Tak Sesuai, Terdedah Amalan Pilih Kasih
Sunday, December 12, 2010
PTK ialah komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan pada 1 November 2001, antara lain bertujuan menilai prestasi kerja kakitangan awam, termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat.
SSM diperkenalkan bagi menaik taraf mutu penilaian dan perkhidmatan kakitangan awam, menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang dilaksanakan pada 1 Januari 1992. SSB juga mempunyai kelemahan termasuk banyak rungutan kes pilih kasih ketua jabatan dalam soal kenaikan pangkat dan gaji.
Selepas beberapa ketika, pelaksanaan PTK menerima bantahan CUEPACS yang turut mengancam memboikot sistem itu kerana dianggap tidak sesuai dan terdedah kepada amalan sikap pilih kasih. Bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertegas tidak akan tunduk kepada desakan memansuhkan peperiksaan PTK yang diperkenalkannya pada 2002 itu.
CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam memberi tempoh sehingga 31 Disember 2010 untuk JPA membuat keputusan menerus atau memansuhkan sistem itu, namun JPA menyatakan PTK satu daripada mekanisme penting dalam menentukan kemampuan pegawai awam menjalankan tugas dan tanggungjawab serta menilai prestasi kerja mereka.
Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lalu, mengumumkan PTK tidak lagi akan diguna pakai dalam kenaikan pangkat dan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Januari 2011.
Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Pelaksanaan
Kelemahan PTK
0 comments:
Post a Comment