Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Terengganu Catat Prestasi Terbaik

Thursday, November 11, 2010

KUALA LUMPUR: Terengganu terus mengungguli keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun ke-10 apabila muncul negeri terbaik dalam peperiksaan itu tahun ini apabila seramai 3,560 atau 15.4 peratus daripada 23,147 murid mendapat 5A dan 7A. 

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu, Razali Daud berkata,walaupun jumlah calon berkurangan tahun ini, berbanding 23,944 calon tahun lalu, murid mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat 0.1 peratus berbanding 15.3 peratus tahun lalu manakala calon yang mendapat keputusan 4A/6A+1B pula seramai 2,138 atau 9.2 peratus. Katanya, seramai 11,542 calon pula memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) meningkat 3.9 peratus, manakala mereka yang mendapat keputusan minimum C meningkat sebanyak 1.5 peratus.


“Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) dan Bahasa Inggeris pula menunjukkan penurunan sebanyak 6.9 peratus dan 1.5 peratus,” katanya. 

Di 
KUALA LUMPUR, seramai 2,548 daripada 23,305 calon memperoleh keputusan cemerlang atau semua A dan daripada jumlah itu, 1,841 calon dari sekolah kebangsaan (SK), 682 sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan 25 SJK Tamil. 

Di 
IPOH, seramai 4,201 murid atau kira-kira 10 peratus daripada 42,057 calon UPSR memperoleh keputusan cemerlang 5A, meningkat 1.21 peratus berbanding 8.78 peratus tahun lalu. 
Timbalan Pengarah JPN Perak, Mohd Idris Ramli, berkata seramai 26,610 calon atau 63.27 peratus mencapai tahap penguasaan minimum iaitu memperoleh gred A, B dan C dalam mata pelajaran diambil iaitu peningkatan 1.5 peratus berbanding pencapaian 61.77 peratus tahun lalu. 

Di 
GEORGETOWN, seramai 2,839 calon memperoleh 5A/7A dengan seramai 16,065 calon atau 66.74 peratus lulus semua mata pelajaran. 
Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga sekolah yang terbaik ialah SK Bertam, Perai; SJKC Kwang Hwa, Sungai Nibong dan SJKT Mak Mandin. 

Di 
SEREMBAN, seramai 2,324 murid atau 12.4 peratus daripada 18,790 murid di negeri itu berjaya memperoleh 5A dan 7A dengan peningkatan murid cemerlang sebanyak 0.03 peratus. 

Timbalan Pengarah JPN Sembilan, Jamali Salam, berkata gred purata negeri juga meningkat kepada 2.19 berbanding 2.20 pada 2009, manakala pencapaian sekolah luar bandar turut memberi sumbangan besar apabila 1,243 murid memperoleh 5A dan 7A , berbanding 1,081 dari sekolah bandar. 

Di 
KUANTAN, seramai 3,359 atau 12.88 peratus daripada 26,074 murid SK dan SJK di Pahang mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A dan jumlah itu meningkat sebanyak 1.09 peratus berbanding 11.79 peratus tahun lalu. 

Pengarah JPN Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata seramai 17,997 daripada 26,074 calon atau 69.02 peratus menguasai semua mata pelajaran memperoleh gred A, B dan C berbanding 68.39 peratus tahun lalu. 

Di 
KOTA KINABALU, seramai 1,190 daripada 43,886 calon UPSR di Sabah memperoleh gred A dalam semua lima atau tujuh subjek yang diambil. 

Pengarah JPN Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, berkata daripada jumlah itu, 995 calon dari SK memperoleh 5A manakala 195 calon dari SJKC mendapat 7A dan jumlah itu meningkat 277 calon atau 0.73 peratus berbanding 911 calon tahun lalu, membabitkan 248 calon dari SK dan 31 calon SJKC. 

Di 
MELAKA, Pengarah JPN, Datuk Isa Abu, berkata seramai 1,505 atau 10.4 peratus daripada 14,473 calon yang menduduki UPSR berjaya memperoleh 5A atau 7A. 

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 126 adalah calon bukan Melayu yang belajar di SK, manakala dua calon bukan Cina dari SJKC pula iaitu Syakirin Al-Husna Mohd Kamil dari Masjid Tanah dan Sakhti Shanti Sathamai Selvanathan (SJKC Ping Ming) memperoleh 7A. 

Di 
KOTA BHARU, seramai 5,127 atau 14.49 peratus daripada 37,861 calon UPSR di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A. 

Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang, berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18 peratus berbanding tahun lalu selain menyifatkannya sebagai pencapaian terbaik dalam tempoh tujuh tahun. 

Di 
KANGAR, Pengarah JPN Perlis, Mansor Lat, berkata seramai 414 pelajar atau 9.4 peratus daripada 4,402 calon di Perlis memperoleh 5A atau 7A. 

Di 
JOHOR BAHRU, seramai 6,172 daripada 58,197 calon di negeri itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. 

Di 
ALOR SETAR, Pengarah JPN Kedah, Abdullah Saad, berkata seramai 3,866 daripada 39,781 calon memperoleh keputusan semua A, meningkat daripada 9.36 peratus tahun lalu kepada 10 peratus tahun ini. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP