Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Syor Wujud Perlindungan Kesihatan Semua Rakyat

Wednesday, November 24, 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewujudkan perlindungan kesihatan menyeluruh untuk semua rakyat bagi mengelak pesakit mengeluarkan wang poket sendiri untuk mendapat rawatan kecemasan. 

Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia (PCDOM), Dr Molly Cheah, berkata mekanisme sesuai perlu dikaji termasuk potongan cukai bagi golongan yang bekerja atau insurans komuniti bagi rakyat tidak berkemampuan menerusi peruntukan kerajaan.


Katanya, ia perlu dibuat bagi menjamin kebajikan rakyat mendapat penjagaan kesihatan menyeluruh tanpa mengira pendapatan seperti diamalkan di negara maju seperti Australia dan Kanada.


Masalah ramai rakyat berhutang termasuk mengguna kad kredit dan membuat pinjaman untuk membayar kos perubatan swasta yang tinggi sudah lama berlaku. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu menunggu lama untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan. 

Sudah sampai masanya kerajaan meneliti perkara ini dengan serius. 
Adalah tidak realistik pesakit mengeluarkan wang poket yang banyak untuk rawatan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ramai rakyat berhutang kad kredit atau membuat pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta. 

Cheah berkata, kos rawatan yang tinggi di hospital swasta tidak dapat dielakkan kerana mereka berorientasi keuntungan selain mengambil kira peningkatan kos lain termasuk tenaga pakar. 

Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, tidak benar dakwaan hospital swasta mengenakan bayaran tinggi termasuk menipu pesakit bagi mengaut keuntungan tinggi. 

Beliau berkata, kadar bayaran perubatan seperti perundingan ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan pengamal perubatan yang menipu kadar bayaran boleh dikenakan tindakan tegas. 

Sekiranya wujud kes sedemikian, Dr Abdul Rashid berkata, ia adalah kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan industri itu yang mengamalkan etika kerja profesional. 

Caj profesional untuk perunding contohnya adalah berpatutan, yang menjadi mahal ialah kos ubat-ubatan yang tidak ada harga siling dan penyiasatan kes yang menggunakan teknologi canggih, katanya. 

Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP