Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Syor Anak Lepak di Perpustakaan

Thursday, November 25, 2010

CUTI akhir tahu persekolahan sudah bermula, namun ibu bapa masih tetap bekerja. Dalam situasi ini kebanyakan ibu bapa berhadapan konflik bagaimana mahu mengisi masa terluang anak dengan aktiviti bermanfaat. 

Kebanyakan ibu bapa mengambil peluang ini menghantar anak ke bengkel, kem atau seminar motivasi berkaitan kesedaran Islam. Ini adalah tindakan yang bagus tetapi ada juga membiarkan anak menghabiskan masa mengikut kehendak mereka.


Justeru, tidak pelik jika pasar raya dan pusat hiburan dipenuhi anak muda kalangan pelajar sekolah pada musim cuti. Kebanyakan mereka menghabiskan masa bermain permainan video, internet atau menonton filem.
Sedangkan, anak khususnya yang berumur 13 tahun ke bawah sepatutnya dibantu dan dipantau oleh ibu bapa supaya masa cuti terisi dengan perkara berfaedah. 

Antara cadangan saya ialah membawa anak ke perpustakaan. Ibu bapa yang bekerja boleh menghantar anak ke perpustakaan pada waktu pagi dan mengambil mereka selepas pulang dari pejabat. 

Pihak perpustakaan pula hendaklah peka dan kreatif untuk menarik golongan muda ini dengan menyediakan program khusus seperti menganjurkan bengkel penulisan, syarahan, berpantun, bersajak dan banyak lagi. 

Adakan juga sesi perjumpaan dengan penulis popular, syarahan umum oleh tokoh terkenal. Usaha ini akan menarik minta golongan muda remaja menjadikan perpustakaan sebagai tempat 'lepak' mereka. 

ZAHIRUDDIN ZABIDI,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP