Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Perceraian Punca Kerosakan Generasi muda

Monday, November 8, 2010

SEBUAH keluarga seumpama satu blok yang tersusun menjadi bangunan dalam masyarakat. Keluarga adalah tempat hidup kita bermula dan kita terikat kepadanya. Jika perasaan sayang dan rasa terikat antara ahli keluarga utuh, semakin tenang serta bahagia sesebuah keluarga. 

Malaysia juga tidak terkecuali daripada turut menyaksikan perubahan nilai terhadap institusi perkahwinan dan kekeluargaan.

Perceraian kini menjadi perkara biasa, diterima umum dan dianggap lumrah. Ia berlaku dalam semua masyarakat sehingga tanpa sedar memberi nilai rendah kepada satu akad nikah yang perlu dipertahankan.
Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, ‘The Social Scientific Data on the Impact of Marriage and Divorce on Children’, Dr Patrick F Fagan menyatakan apabila wujud rasa terbuang antara pasangan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran, bergaduh, apatah lagi bercerai, maka seluruh isi keluarga terutama anak berasa sangat sengsara.

Kajian beliau turut disokong oleh pakar sosiologi keluarga membuktikan bahawa graf tertinggi sikap positif adalah terhasil dari keluarga yang ahli keluarganya berhubungan baik, saling terikat dengan perasaan kasih sayang.

Anak daripada keluarga sebegini mendapat gred lebih tinggi, mempunyai sikap yang baik, lebih ceria dan bagus dalam hubungan sosial. Mereka juga kurang terbabit dengan penyakit kejiwaan seperti kemurungan, kecewa keterlaluan dan sebagainya. 

Apabila ayah dan ibu tidak lagi mempunyai rasa terikat dan saling membuang, seperti ayah meninggalkan ibunya kerana wanita lain atau ibu meminta cerai kerana lelaki lain atau anak diberitahu dia adalah anak zina dan sebagainya. Dr Fagan mendapati anak ini mempunyai kesamaan dalam urusan kejiwaan mereka. Kekuatan dalaman anak itu tidak terbentuk dengan baik.

Banyak perkara negatif memenuhi jiwa dan memberi kesan langsung dengan tumbesaran mereka. Mereka kecewa dengan hidup, murung, suka membuli, melakukan keganasan, gagal dalam akademik dan juga gagal dalam hidup.

Apabila bilangan perceraian semakin bertambah dan anak mangsa cerai yang mengalami ‘tekanan kejiwaan’ bertambah ramai, mereka membesar dan berkahwin, mengulangi kesilapan ibu bapa mereka, maka masyarakat umum akan turut menerima kesan negatif daripada gejala itu. 

Kajian itu walaupun membabitkan masyarakat di Amerika, tetap wajar menjadi iktibar kepada kita di Malaysia terutama berkaitan keutuhan ikatan kekeluargaan. Jika Malaysia ingin maju pada masa depan, blok terpenting yang perlu dijaga adalah keluarga dan anak dalam sesebuah keluarga itu.

Kita perlu menanam dan menyuburkan rasa keterikatan antara pasangan suami isteri sehingga perceraian dilihat sebagai jalan terakhir selepas semua usaha mengalami kegagalan. Kepatuhan kepada agama, taat kepada Allah, memegang tanggungjawab sebagai pasangan dan ibu bapa kerana perintah agama perlu diterapkan.

PROF MADYA NURHIDAYAH MUHD HASHIM, 
Melbourne, Australia.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP