Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pelajar Cemerlang, Miskin Asas Ke Asrama Penuh

Sunday, November 14, 2010

YOKOHAMA 13 Nov. - Kementerian Pelajaran akan mengunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai pengambilan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan asas penubuhan SBT untuk memberi tempat kepada pelajar cemerlang daripada keluarga miskin mendapatkan kemudahan belajar dengan biaya yang rendah.

"Dalam tempoh tahun-tahun kebelakangan ini ada sedikit lari kerana ada orang berada pun fikir SBP adalah sekolah elit berprestasi tinggi dan semua mahu menghantar anak mereka ke sekolah asrama penuh.

"Saya fikir asas itu (pelajar cemerlang daripada keluarga miskin) harus kita gunakan sekarang. Kita akan gunakan kriteria yang saksama berdasarkan merit pencapaian mereka," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berada di Yokohama untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berakhir esok.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Muhyiddin menambah, isu kemasukan pelajar ke SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar cemerlang UPSR setiap tahun ramai sedangkan tempat yang disediakan terbatas kepada kira-kira 7,000 orang.

Beliau meminta ibu bapa tidak berasa kecewa apabila anak mereka tidak mendapat tempat di SBP kerana usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah telah pun dilakukan.

Katanya, dalam kalangan 10 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan oleh kementerian bukan semuanya daripada sekolah berasrama penuh.

"Tahun depan saya akan umumkan 30 buah lagi SBT yang sebahagian besarnya bukan asrama penuh. Kalau ada ibu bapa rasa macam tak dapat sekolah yang baik, itu tak betul," katanya. -

Sumber : Mingguan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP