Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pelajar Cemerlang Bukan Hanya di SBP

Thursday, November 18, 2010

IBU bapa tidak sepatutnya kecewa keputusan Kementerian Pelajaran memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah memasuki sekolah berasrama penuh (SBP), mulai tahun depan. 

Tunas dan bibit kecemerlangan selepas Ujian Prestasi Sekolah Rendah (UPSR) tidak semestinya mula berputik dan bertunas di SBP kerana keputusan gemilang terhasil melalui komitmen dan keprihatinan tinggi pelajar.


Pastinya pengurusan masa secara bermakna dengan memulakan kalendar hari baru dengan bangun awal bersolat sunat tahjud, hajat, bacaan Yassin menjelang subuh sebagai rutin harian pelajar sebelum sarapan dan ke sekolah dalam keadaan cukup bersedia.
Biasanya, pelajar menyiapkan kerja sekolah di rumah sesudah selesai solat Zuhur dan Asar sebelum bersedia membersih diri untuk Maghrib dan Isyak. Kelas persediaan dan ulangkaji barangkali selama dua jam mulai jam 9 malam sebelum masuk tidur kira-kira jam 11.30 malam. 

Memanfaatkan masa rutin harian begini sepatutnya menjadi amalan pelajar 
di mana-mana saja baik di sekolah berprestasi tinggi, sekolah harian biasa, tidak semestinya di SBP. Yang menjadi masalah ialah mampukah anak didik mengorbankan program kartun sebagainya di televisyen? 

Persis kata Imam al-Ghazali: “Wahai anak! Antara nasihat Rasulullah kepada umatnya, ‘Sebagai tanda bahawa Allah berpaling daripada seseorang ialah apabila dia membuang waktu kepada yang tidak berguna…” 


Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR, Ipoh), Kolej Tunku Kursiah (TKC, Seremban), Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Tanjung Malim, kini Seremban), Sekolah Alam Shah (SAS, Cheras, Selangor, kini Putrajaya), dan Sekolah Sultan Abdul Halim (SSAH, Jitra, Kedah) adalah antara SBP yang awal. 

Tujuan asal kerajaan menubuhkan SBP adalah bagi memberi peluang kepada pelajar cemerlang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah belajar di sekolah dengan suasana selesa tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. 

Waktu itu, rata-rata ibu bapa tidak mampu memenuhi tawaran ke SBP biarpun anak mereka tekun serta gigih belajar dan berjaya menghasilkan keputusan cemerlang. Dalam keadaan berbasikal berpuluh kilometer jauhnya ke sekolah, berperahu menyeberangi sungai, keadaan rumah buruk yang daif tanpa bekalan elektrik serta air paip, malah tidak bersarapan pagi dan berbelanja. 

Malah, mereka mempersiapkan diri menjelang peperiksaan melalui belajar secara kumpulan, selain aktif dalam gerak kerja berpersatuan dan pasukan beruniform agar dapat menjadi insan sempurna sebaik menjejaki sekolah menengah. 

Namun begitu, SBP sudah tersasar daripada matlamat asal sehingga dianggap sekolah elit untuk pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang. 

Berikutan itu, ibu bapa memaksa anak belajar tidak kenal rehat sepanjang masa dengan harapan keputusan cemerlang si anak dapat masuk SBP, walaupun hakikatnya sekolah bukan berasrama penuh turut melahirkan pelajar cemerlang pada setiap peringkat. 

Kecemerlangan berputik di mana-mana asalkan ada kemahuan kerana kesungguhan inilah bakal menyinari laluan impian menjadi realiti meskipun ada fatamorgana menghantui pandangan. 


DR ILLIAS ZAIDI, 
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP