Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pakaian Sukan Percuma Murid Tahap Dua

Thursday, November 4, 2010

GUA MUSANG: Kerajaan akan menyalurkan bantuan pakaian sukan kepada murid tahap dua yang layak di sekolah rendah seluruh negara mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan baju-t dan seluar sukan panjang itu bagi membantu setiap murid bergiat dalam sukan di sekolah masing-masing.


“Dalam beberapa siri mesyuarat Kabinet sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertanyakan apa lagi boleh dibuat bagi membantu murid di sekolah.


“Jadi, dalam perbincangan kita pada peringkat kementerian, kita cadangkan setiap pelajar yang layak diberikan pakaian sukan, baju-t dan seluar panjang. 

“Ini untuk membolehkan mereka bergiat dalam sukan, selaras dasar 1Murid, 1Sukan yang sedang dilaksanakan kementerian sekarang," katanya selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra dekat Sungai Terah di sini, semalam. 

Turut hadir, Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff. 

Muhyiddin berkata, perincian mengenai program bantuan pakaian sukan itu belum diuruskan walaupun peruntukan membiayainya sudah disediakan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 


Beliau berkata, murid yang layak akan ditentukan kelak dan sumbangan itu secara tidak langsung menjadi satu lagi bantuan baru kepada pelajar negara ini dengan bermula pada peringkat sekolah rendah. 

“Mungkin kita bermula di peringkat sekolah rendah dulu, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk menyediakan bekalan dan tawaran,” katanya. 


Beliau berkata, selain itu, Program Susu 1Malaysia juga sedang berjalan secara berperingkat di seluruh negara. 


Berita Harian  Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP