Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Naik Pangkat ,Berminat atau Sekadar Suka-Suka...

Saturday, November 27, 2010



Beberapa tahun kebelakangan ini semua urusan naik pangkat yang  telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) mestilah calon itu memohon.Permohonan naik pangkat menjadifaktor utama sama ada seseorang itu layak atau tidak dipertimbangkan memegang jawatan yang lebih tinggi dari apa yang dipegang sekarang di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan dalam Laluan Kerjaya PPP atau Siaran Tawaran Pemangkuan atau Naik Pangkat yang diiklankan.


Dalam ayat yang paling mudah walaupun seseorang  guru itu telah memenuhi syarat dan kreteria untuk naik pangkat tetapi jika mereka tidak memohon peluang untuk mereka menjawat jawatan naik pangkat tidak akan ada. Oleh itu semua guru yang berkeinginan menjawat jawatan naik pangkat sama ada secara hakiki atau Khas Untuk Penyandang (KUP) WAJIB memohon.



Mereka mesti memohon setiap tahun.Bukan sekali memohon kemudian apabila tidak terpilih mereka terus diam atau menunggu peluang. Kadang-kadang mereka tidak tersenarai bukan kerana prestasi mereka rendah tetapi ruang kekosongan jawatan naik pangkat agak terhad sedikit sementara pertandingan sengit maka mungkin mereka tidak tersenarai.Mereka yang tersenarai hanya sah dan layak ditawar sehingga 31 Disember.Jika selepas tarikh itu senarai itu tidak berguna lagi.


Justru itu setiap pemohon mesti memohon setiap tahun. Jika tahun berikutnya prestasi mereka lebih baik dan ruang kekosongan agak luas maka BPSM akan meluluskan senarai pemangkuan sesuai dengan jumlah kekosongan berdasar rangking keutamaan. Mungkin mereka yang gagal tahun sebelumnya akan termasuk dalam senarai dan layak ditawarkan.

Mereka yang memohon dan kemudian disenaraikan oleh BPSM untuk tawaran pemangkuan juga sewajarnyasedar dan bersedia bahawa mereka ditawarkan tempat berdasarkan kekosongan yang ada mengikut keutamaan rangking. Ini bermakna mereka terpaksa berpindah sekolah atau mungkin berpindah keluar daerah. Namun malangnya ada segelintir mereka yang tersenarai menolak tawaran penempatan sekaligus menolak peluang naik pangkat yang mereka sendiri memohon.Naik Pangkat bermakna gaji mereka juga naik.Contohnya ada guru DGA29 yang ditawar pemangkuan GPK DGA32 naik gaji RM500.00 lebih tapi menolak. 



Apakah mereka ini benar-benar berminat untuk memegang jawatan naik pangkat atau sekadarmain-main atau "test market". Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini menyebabkanpeluang rakan-rakan mereka yang benar-benar berminat untuk menjawat jawatan naik pangkat telahterlepas. Kalaulah mereka tidak memohon agaknya rakan-rakan mereka itu pasti tersenarai dalam calon yang layak untuk ditawarkan.

Kita sangat berharap guru-guru yang tidak yakin tentang keupayaan sendiri,tidak sanggup bertukar dan hanya suka main-main tidak perlulah memohon jawatan kenaikan pangkat ini kerana tindakan mereka yang menolak tawaran penempatan menutup peluang ramai lagi mereka yang berkeinginan dan berkemampuan. Pihak pentadbir sekolah juga sewajar meneliti sikap,watak dan sahsiah guru-guru yang memohon naik pangkat agar mereka yang cekal,berwibawa dan berketrampilan sahaja disokong dan diperakukan..



Sumber  :http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP